Wabak koronavirus yang telah menjangkiti lebih 43,000 orang dan
mengorbankan lebih 1,000 nyawa kini secara rasmi dinamakan sebagai
Covid-19.
Diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), nama
itu merupakan kependekan daripada "Coronavirus Disease 19". Ia merupakan
kali pertama garis panduan WHO bagi penamaan wabak manusia digunakan
sejak ia diwujudkan pada 2015.
"Nama ini penting bagi mengelakkan penggunaan nama lain yang tidak tepat atau menimbulkan stigma.
"Ia
juga memberikan kita format standar untuk digunakan bagi sebarang
penularan koronavirus pada masa akan datang," kata ketua pengarah WHO Dr
Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam taklimat media di Geneva, awal pagi
tadi,
SARS-CoV-2 punca Covid-19
Dalam
perkembangan berkaitan, jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk
penamaan dan klasifikasi virus memberi nama rasmi kepada virus yang
menyebabkan Covid-19.
Dalam satu kertas kajian,
Jawatankuasa Antarabangsa untuk Taksonomi Virus (ICTV) berkata virus
itu akan dinamakan sebagai SARS-CoV-2, atau Sars Coronavirus 2.
Penulis
kertas kajian itu berkata, ini kerana virus SARS-CoV-2 berkait rapat
dengan virus yang menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang
meragut hampir 800 nyawa sepanjang 2002-2003.
Garis panduan elak stigma
Menurut
garis panduan 2015 oleh WHO, nama wabak antara lain perlu pendek,
senang disebut dan merujuk kepada patogen yang menyebabkannya, jika ia
diketahui.
Ia secara khusus menyatakan istilah seperti rujukan
geografi, nama manusia, haiwan atau makanan, serta rujukan budaya dan
pekerjaan perlu dielakkan.
Contoh nama wabak yang perlu dielakkan
termasuk: Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), selesema babi dan
selesema burung, kata dokumen itu.
Garis panduan itu dibuat
selepas WHO mengkritik epidemik 2015 yang dinamakan sebagai Mers, dan
berkata ia secara tidak wajar telah mencetuskan stigma terhadap mereka
yang berasal dari Timur Tengah.
"Wabak seringkali diberi nama biasa oleh orang di luar komuniti saintifik.
"Sebaik nama wabak digunakan dalam internet dan media sosial, ia sukar diubah walaupun nama itu tidak sepatutnya digunakan.
"Maka,
penting untuk sesiapa yang paling awal melaporkan wabak yang baru
dikenal pasti untuk menggunakan nama yang sesuai, yang diterima secara
sosial dan mantap secara saintifik," kata dokumen itu lagi.
Kesan tak diingini
Laporan
BBC berkenaan penamaan wabak baru yang diterbitkan minggu lalu juga
mengambil maklum bahawa selepas penularan virus H1N1 pada 2009, yang
digelar sebagai "selesema babi", Mesir menyembelih semua babinya.
Ia walaupun virus itu disebarkan melalui manusia dan bukannya babi.
Bagi Covid-19, China pertama kali melaporkan kes pneumonia dengan punca yang tidak diketahui kepada WHO pada 31 Disember 2019.
Virus yang menyebabkannya hanya dikenal pasti pada 7 Januari, dan kemudian diberi nama 2019-nCoV, atau 2019 novel coronavirus.
Istilah
'koronavirus' merujuk kepada kelas virus yang mempunyai permukaan yang
memberikan bentuk seperti mahkota jika dilihat melalui mikroskop.
'Corona' bermaksud mahkota atau 'halo' dalam bahasa Latin.
Turut berada dalam kelas itu ialah virus yang menyebabkan Sars dan Mers.
Walaupun
ada nama sementara, virus itu sering dirujuk sebagai "koronavirus
Wuhan" atau "virus China" dalam perbincangan tidak rasmi, termasuk di
media.
Sejumlah kes serangan dan gangguan berkaitan Covid-19, yang
menyasarkan orang yang berasal dari Asia, dilaporkan di beberapa
negara.
Sebelum ini, Asia News Network melaporkan insiden di
stesen kereta api New York pada 2 Februari, di mana seorang wanita yang
memakai topeng muka digelar "diseased b*tch" sebelum diserang di kepala.
Pada
4 Februari, Leicester Mercury di UK melaporkan dua remaja diganggu dan
dibaling telur. Penyerang mereka dilaporkan menyalahkan salah seorang
remaja itu kerena menyebarkan wabak itu di UK.
Nama rasmi wabak koronavirus - Covid-19
Reviewed by editorreformis
on
Februari 12, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
LABUAN, 22 Sept ― Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara akan menjadi kumpulan pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.