Islam hadir, antara perkara utama yang dibawa adalah akhlak. Dengan
akhlak itu, Islam diterima pesat. Dengan akhlak itu, Bilal bin Rabah
yang merupakan hamba kepada Umayyah bin Khalaf memeluk Islam.
Melawan
perkauman, antara akhlak yang diperjuangkan Islam. Bersifat amanah,
merupakan akhlak yang dibawa oleh nabi. Nabi membawa sifat amanah itu
sehingga baginda digelar al-Amin. Bagi orang belajar bahasa Arab, kalimah al-Amin itu bukan diterjemah "orang beramanah". Ia diterjemah sebagai "orang yang amat beramanah".
Islam
menjulang akhlak kerana mahu dunia ini aman. Dengan akhlak, manusia
tidak akan bergaduh. Dengan akhlak, manusia tidak akan bermusuh.
Permusuhan dan pergaduhan penyebab kepada kehancuran masyarakat.
Sebarang unsur permusuhan, Islam akan tolak. Dengan sebab itu, amalan takfir (mengkafirkan
Muslim) ditolak Islam. Dengan sebab itu, Nabi SAW pernah berpesan agar
hati-hati dengan puak Khawarij yang mengamalkan takfir.
"Suatu
hari nanti, akan berlaku kebisingan dalam kalangan umat ini - terdapat
satu kaum yang mereka membaca al-Quran dengan bagus, tetapi al-Quran
yang dibacakan itu tidak lebih sekadar halkum mereka sahaja. Ketika
mereka membaca Al-Quran, mereka terkeluar dari agama seperti panah
menembusi sasarannya", kata Nabi SAW dalam riwayat yang sahIh yang
ditafsirkan oleh ramai ulama hadis sebagai kalangan Khawarij.
Puak Khawarij ini, terdiri dari kalangan "pak lebai" yang
kuat beribadat. Dahi mereka hitam kerana kuat sembahyang. Jubah dan
serban menjadi pakaian harian mereka. Hafalan al-Quran mereka bagus.
Namun, bacaan al-Quran mereka bukan membawa keamanan kepada masyarakat.
Cakap Islam mereka tidak mengikut tujuan Islam diturunkan. Mereka
membaca ayat al-Quran dan hadis, semata-mata mahu halalkan kejahatan
mereka. Al-Quran dan hadis yang mereka baca, tidak berasaskan kepada
hidayah, sebaliknya untuk menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.
Gerakan
ini bermula pada era Saidina Usman. Mereka berkembang pesat pada era
pemerintahan Saidina Ali. Tidak sedikit riwayat membuktikan bahawa
Saidina Usman dibunuh oleh mereka.
Pada era Saidina Ali, mereka
membaca al-Quran untuk menuduh Saidina Ali sebagai kafir.
Manipulasi
maksud firman tuhan dan sabda nabi yang dilakukan mereka itu menyebabkan
Saidina Ali terpaksa mengungkapkan kata hikmah:
"Perkataan mereka itu benar, tetapi mengandungi tujuan yang batil".
Mereka kata, mereka pentingkan syariah. Dalam masa yang sama, mereka abaikan maqasid - tujuan penurunan syariah.
Soal
keadilan tidak penting. Soal menjarah dana negara tidak penting. Soal
kestabilan hubungan kaum tak penting. Soal hak semua warganegara tidak
penting. Soal afirmatif berasaskan kepada keperluan tidak penting.
Apa
yang penting pada mereka adalah ISA - ikut suka aku, ikut selera aku.
Sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka, dia bakal di-ISA-kan, "islamic security act", iaitu dituduhnya kafir, munafik, ahli neraka dan sebagainya.
Presiden PAS
Kita sedar dengan amalan takfir yang diamalkan sebilangan ahli PAS. Menafikan kewujudan amalan itu sama seperti menafikan matahari memancar pada waktu siang.
Dalam
YouTube, amalan itu dapat dilihat dalam ceramah PAS. Di laman Facebook,
tidak sedikit amalan itu berlaku pada komen-komen ahli PAS. Agak banyak
juga berlaku di Whatsapp.
Amalan itu secara konsisten dilakukan terhadap musuh PAS. Dengan sebab itu, dahulu mereka lakukan takfir kepada Umno, tetapi kini mereka lakukan takfir pula kepada bekas rakan seusrah mereka - Amanah.
Tidak dinafikan, tokoh-tokoh takfir dalam PAS, sudah ramai "memeluk Umno".
Ini
diakui oleh pemimpin PAS. Namun, sukar untuk dinafikan bahawa kini,
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang terkenal dengan amanatnya berbau takfir kepada
Umno - beliau sendiri yang bersungguh sungguh menggunakan seribu satu
dalil al-Quran dan hadis untuk "kandar" PAS agar kerjasama politik
dengan Umno.
Hadi Awang
Rakyat Malaysia tidak lupa jenama unity government, yang kini ada jenama Muafakat Nasional dan terbaru jenama Pakatan Nasional.
Apa yang pasti, sesiapa sahaja yang mengkritik presiden PAS itu, pengkagum PAS umpama tentera Abrahah datang menyerang. Label takfir dan tanfiq (menuduh munafik) menjadi "peluru" serangan. Bukan sikit, bahkan ramai yang menjadi mangsa serangan.
Pernahkah
ahli parlimen Marang itu berfikir bahawa semua ini adalah akhlak buruk
yang bukan sekadar beliau sahaja perlu berhenti, bahkan iman beliau
perlu sedar bahawa ahli-ahli PAS perlu ditarbiah dengan akhlak Islam -
berhenti dari lakukan amalan Khawarij ini.
Beliau bukan sekadar perlu tarik balik "fatwa takfir Umno", malah beliau wajib bertaubat dari amalan takfir itu
sendiri - agar rakan-rakan dari Amanah tidak menjadi mangsa serangan
dari kalangan ahli PAS yang ditarbiyah dengan akhlak tidak Islam.
Ulama pewaris nabi
Kalau
dahulu, ramai yang memeluk Islam dengan melihat akhlak nabi. Ini dapat
dilihat pada individu bernama Bilal bin Rabah pada saat mengetahui Islam
adalah agama melawan perkauman.
Kalau pun ada yang tidak memeluk
Islam, mereka tetap akui kemuliaan akhlak nabi. Mereka menolak Islam
kerana prejudis kepada nabi, tetapi mereka tidak ada alasan langsung
untuk nak tuduh Nabi buruk akhlak.
Presiden PAS dengan amalan politik beliau, ada teman saya menuduh sebagai political animals.
Saya cuba tafsirkan sebagai label-label binatang yang pernah beliau
lontarkan kepada musuh politik beliau - seperti pernah menggunakan terma
"babi", "anjing", "beruk", "biawak" dan sebagainya. Tetapi, teman saya
itu menolak tafsiran itu, malah berhujah dengan merujuk projek "pintu
belakang" yang diperkenalkan oleh ulama dari Rusila itu - projek untuk
menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
Najib Razak
Pernahkah
presiden PAS berfikir bahawa projek pintu belakang ini pernah dilakukan
oleh Najib Razak dalam usaha menjatuhkan kerajaan Perak yang diperintah
oleh Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh PAS pada suatu masa lalu.
Ketika itu, dalam ceramah PAS kata, tindakan itu tiada maruah.
Kali
ini, tindakan tiada maruah itu cuba diideakan oleh presiden PAS pula.
Bak kata Kiai Gus Mus dari jiran seberang, "Kamu ini bagaimana, aku itu
harusnya bagaimana?"
Mana mungkin nabi yang berakhlak mulia
berpolitik secara binatang. Tetapi, amalan ini dilakukan oleh Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang yang bergelar pewaris Nabi (?).
Imej Islam
Saya
kira, ulama dan juga tokoh politik yang boleh kita pelajari adalah
Sheikh Abdullah bin Bayyah.
Bekas wakil presiden Mauritania itu pernah
mengungkapkan kata hikmah:
"Antara maqasid yang diabaikan ramai Muslim adalah mereka tidak menjaga imej baik agama Islam."
Bin
Bayyah yang juga ulama terkenal dengan amalan kesufian menekankan
begitu, kerana beliau sedar bahawa telah berlaku banyak salah faham oleh
ramai masyarakat bukan Muslim terhadap agama Islam disebabkan
sifat-sifat Muslim yang tidak mencerminkan akhlak Islam.
Sebagai
Muslim, setiap kita ada tanggungjawab dalam menjaga imej baik agama
Islam ini. Ia adalah tanggungjawab setiap Muslim. Apa lagi, orang
seperti presiden PAS yang memegang gelaran ulama.
WAN JI WAN HUSSIN ialah pendakwah dan pengarah akademik Saudara Research Centre.
Presiden PAS perlu berakhlak dalam berpolitik
Reviewed by editorreformis
on
Februari 12, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
LABUAN, 22 Sept ― Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara akan menjadi kumpulan pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.