PKP Fasa 4: Komitmen kerajaan, rakyat dituntut
KUALA LUMPUR, ― Sedar tak sedar, Malaysia sudah pun memasuki
fasa keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
menyaksikan negara kini berada dalam fasa pemulihan Covid-19.
Dengan keluk pandemik yang berjaya diratakan, serta peningkatan kes pulih Covid-19, keberkesanaan pelaksanaan tiga fasa PKP sebelum ini beransur-ansur dapat dilihat hasil tindakan proaktif dan agresif kerajaan membendung penularan pandemik itu.
Malah ia turut dapat dibuktikan dengan apabila
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengumumkan kes positif
Covid-19 terendah direkodkan sejak PKP dilaksana pada 18 Mac, dengan 31
kes dilapor sehingga 12 tengah hari semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut berkata sektor ekonomi digalakkan kembali berfungsi seperti biasa kerana negara kini memasuki fasa pemulihan, namun perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) KKM.
“Ternyata
kejayaan dan pencapaian melandaikan lengkung dan mengawal penularan
virus Covid-19 adalah kejayaan bersama, iaitu rakyat dan kerajaan,” kata
beliau semalam.
Bagaimanapun
telah berkali-kali diingatkan, perkembangan positif situasi ini
sekarang bukan bermakna rakyat boleh menghela nafas lega dan terus
berasa selesa dengan tidak mematuhi PKP.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah mengingatkan, tiada gunanya PKP ditamatkan untuk tempoh seketika dan dikenakan semula selepas itu, jadi kerajaan mengajak rakyat bersabar dengan biar susah sekarang demi kesenangan pada masa akan datang.
Namun sebelum itu, rakyat terus dituntut memberikan komitmen jitu mematuhi PKP, kerana
hukuman yang bakal menanti mereka yang ingkar, sudah pasti tidak mengira darjat.
Semalam sahaja, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Gerik, Perak kerana melanggar PKP dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.
Turut dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 semalam di Mahkamah Majistret Gerik kerana melanggar PKP dengan menghadiri jamuan yang sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria.
Dengan sedikit kelonggaran yang telah diberikan kerajaan yang menyaksikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan pulang, serta mereka yang terkandas di kampung halaman dibenarkan membuat pergerakan, rakyat pastinya mengharapkan agar lebih banyak kelonggaran akan diberikan selepas ini.
Memetik kata Dr Noor Hisham: “PKP tidak boleh menghapuskan Covid-19 sepenuhnya. Malahan masyarakat perlu bersedia menghadapi virus ini untuk tempoh yang lebih panjang.”
Perjuangan kita menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum berakhir. ― Bernama
Dengan keluk pandemik yang berjaya diratakan, serta peningkatan kes pulih Covid-19, keberkesanaan pelaksanaan tiga fasa PKP sebelum ini beransur-ansur dapat dilihat hasil tindakan proaktif dan agresif kerajaan membendung penularan pandemik itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut berkata sektor ekonomi digalakkan kembali berfungsi seperti biasa kerana negara kini memasuki fasa pemulihan, namun perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) KKM.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah mengingatkan, tiada gunanya PKP ditamatkan untuk tempoh seketika dan dikenakan semula selepas itu, jadi kerajaan mengajak rakyat bersabar dengan biar susah sekarang demi kesenangan pada masa akan datang.
Namun sebelum itu, rakyat terus dituntut memberikan komitmen jitu mematuhi PKP, kerana
hukuman yang bakal menanti mereka yang ingkar, sudah pasti tidak mengira darjat.
Semalam sahaja, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Gerik, Perak kerana melanggar PKP dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.
Turut dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 semalam di Mahkamah Majistret Gerik kerana melanggar PKP dengan menghadiri jamuan yang sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria.
Dengan sedikit kelonggaran yang telah diberikan kerajaan yang menyaksikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan pulang, serta mereka yang terkandas di kampung halaman dibenarkan membuat pergerakan, rakyat pastinya mengharapkan agar lebih banyak kelonggaran akan diberikan selepas ini.
Memetik kata Dr Noor Hisham: “PKP tidak boleh menghapuskan Covid-19 sepenuhnya. Malahan masyarakat perlu bersedia menghadapi virus ini untuk tempoh yang lebih panjang.”
Perjuangan kita menentang musuh yang tidak kelihatan ini masih belum berakhir. ― Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.