PKP: Denda RM1,000, Azalina anggap timbalan menteri bernasib baik
KUALA LUMPUR, — Tindakan denda yang dikenakan terhadap
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali kerana ingkar
arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat pelbagai reaksi ramai.
Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Pengerang yang turut memberi reaksi terhadap kes itu.
Datuk Seri Azalina Othman menerusi satu hantaran di
Twitter berkata, timbalan menteri itu bernasib baik kerana tidak
dikenakan denda melebihi RM2,000 yang boleh menyebabkan beliau hilang
kelayakan sebagai ahli parlimen.
“Nasib baik denda tidak lebih RM2000, kalau tidak PRK lagi,” katanya di di Twitter.
Semalam,
Dr Noor Azmi dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah
Majistret Gerik kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Turut
didenda ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal
Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria serta 13 individu
lain.
Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Pengerang yang turut memberi reaksi terhadap kes itu.
“Nasib baik denda tidak lebih RM2000, kalau tidak PRK lagi,” katanya di di Twitter.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.