Anak letak mana? Pekerja kecewa kerajaan beri notis singkat
KUALA LUMPUR,— Pengumuman kerajaan membenarkan kebanyakan
syarikat beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki
fasa keempat mendapat reaksi negatif orang ramai khususnya golongan ibu
bapa.
Rata-rata menyifatkan keputusan dibuat terburu-buru selain meminta kerajaan memaklumkan lebih awal agar dapat merancang urusan jagaan anak tidak bersekolah.
“Boleh tak umumkan seminggu awal supaya setiap orang boleh merancang normal baharu kerana anak-anak perlu dijaga.
“Sudah tentu kami tidak mampu mengambil amah. Apa kena dengan kerajaan ini?” soal Lely Ishak di Twitter.
Sementara
itu, seorang lagi warga maya melihat segala usaha yang dijalankan
barisan hadapan sia-sia jika makin banyak kluster baharu Covid-19
terhasil.
“Maka sia-sialah PKP yang KKM buat selama ini.
“Barisan hadapan hospital kecewa dengan tindakan seakan sabotaj kepada mengekang wabak ini, musnah sekelip mata,” kata SS Hikamaru pula.
Semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menerusi satu kenyataan berkata, syarikat yang mendapat kelulusan dibenarkan beroperasi secara penuh.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarikat yang sudah mendapat kebenaran boleh beroperasi tanpa membuat permohonan semula.
Rata-rata menyifatkan keputusan dibuat terburu-buru selain meminta kerajaan memaklumkan lebih awal agar dapat merancang urusan jagaan anak tidak bersekolah.
“Sudah tentu kami tidak mampu mengambil amah. Apa kena dengan kerajaan ini?” soal Lely Ishak di Twitter.
“Barisan hadapan hospital kecewa dengan tindakan seakan sabotaj kepada mengekang wabak ini, musnah sekelip mata,” kata SS Hikamaru pula.
Semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menerusi satu kenyataan berkata, syarikat yang mendapat kelulusan dibenarkan beroperasi secara penuh.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarikat yang sudah mendapat kebenaran boleh beroperasi tanpa membuat permohonan semula.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.