https://critoxium.com/shop/

Terkini

Usop Wilcha mohon izin polis mahu ludah, lempar Abu Syafiq dalam sungai

KUALA LUMPUR, — Pelakon Usop Wilcha secara berseloroh memohon kepada polis untuk meludah dan menghumban Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary ke dalam sungai sekiranya dirinya bertembung dengan pendakwah bebas itu.

Usop berkata demikian di media sosial sambil turut memuat naik foto Abu Syafiq.

“Kepada @PDRMsia, minta maaf kalau teman (saya) nak tanya dan mintak pendapat. Boleh tak andai kata teman jumpa ‘makhluk’ dalam gambar ini, teman ludah dekat muka dia dan lempor (lempar) dekat sungai.

“Kalau tak boleh tak apa, teman tanya saja dulu. Sudah makin ramai sangat individu buat kenyataan secara terbuka macam ini,” katanya di Twitter.


Setakat ini, tidak dapat dipastikan alasan pelakon tersebut mahu bertindak sedemikian.

Sebelum ini, Abu Syafiq tular di media sosial selepas didakwa mengkritik kerja amal dilakukan individu tertentu ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, tindakan mendedahkan identiti penerima bantuan juga adalah suatu yang tidak wajar.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.