Bekas
perdana menteri Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi
bayangan akan bekerjasama sekali lagi dalam arena politik negara.
Dalam
satu kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin itu menegaskan kerajaan
Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak sah kerana dibentuk tanpa
mendapat mandat daripada rakyat.
Perkara itu ditegaskan dalam
kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena memperingati ulangtahun kedua
kemenangan PH dalam pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018.
Sehubungan
itu, kedua-dua pemimpin politik itu berkata kini masanya telah tiba
agar mandat berkenaan 'dikembalikan kepada pihak yang sepatutnya'.
"Memahami
situasi ini, kami tidak mengiktiraf kerajaan hari ini. Prinsip kami
jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa
mandat rakyat.
"Ia tidak diperoleh secara sah menurut kertas undi
di dalam pilihan raya. Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan
jawatan semata-mata," kata kenyataan tersebut.
Menurut kedua-dua pemimpin itu lagi, mereka tidak sanggup "menggadaikan moral dan etika" untuk menyokong kerajaan hari ini.
"Kami
tidak ingin mengkhianati rakyat yang menghabiskan berjam-jam untuk
beratur di pusat mengundi, beratus ringgit untuk terbang pulang
mengundi, mengambil cuti tanpa gaji untuk membawa suara mengubah nasib
negara.
"Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan
berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya," tegas
kedua-dua pemimpin itu.
Pada pilihan raya umum 2018, PH mencipta
sejarah apabila menumbangkan kerajaan BN pimpinan perdana menteri ketika
itu, Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB.
Namun,
kerajaan baru yang dipimpin Mahathir itu hanya mampu bertahan selama 21
bulan selepas beliau meletakkan jawatan pada Feb lalu.
Ia susulan
kemelut yang berpunca daripada tindakan pemimpin-pemimpin politik
berkumpul di sebuah hotel di Petaling Jaya bagi membentuk gabungan
sebuah kerajaan baru.
Bersama-sama bekas pemimpin PKR
yang diketuai bekas timbalan presidennya, Azmin Ali, Muhyiddin membentuk
kerajaan dengan kerjasama pemimpin BN, PAS dan GPS.
Bersatu kini berpecah antara kumpulan penyokong Mahathir dan Muhyiddin Yassin selaku presiden parti.
"Semangat perjuangan kami masih marak'
Mahathir
dan Anwar yang pernah menjadi seteru politik berkata, mereka telah
mengepikan perbezaan peribadi demi membawa suara rakyat dan kemenangan
kepada PH dua tahun lalu.
"Dua tahun lepas kami tidak berputus asa
membawa suara rakyat. Hari ini juga sama. Kami telah lama menolak
perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat.
"Kami sudah berusia,
masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak
dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.
"Jangan
sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei. Tarikh jatuhnya institusi
kleptokrat. Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia baru,"
tegas kedua-dua pemimpin itu.
Pada 7 Mei lalu, Mahathir yang juga anggota Parlimen Langkawi dilapor memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun,
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menjelaskan usul itu
dijangka tidak akan dibahaskan pada sidang parlimen 18 Mei ini
memandangkan mesyuarat Dewan Rakyat hanya akan membicangkan usul
kerajaan dan rang undang-undang.
Kerajaan hari ini tidak sah, tegas Mahathir dan Anwar
Reviewed by editorreformis
on
Mei 10, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Aman Muhammad Biar abang sekolahkan adik mengenai sedikit sebanyak perihal industri minyak negara kita. 1. Malaysia ni negara pengelu...
Komentar
Open Artikel
Kenyataan Media
Sections English
Isu terpilih
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.