Pada ulang
tahun kedua kemenangan PH pada PRU ke-14, Dr Mahathir Mohamad memberi
peringatan kepada anggota Bersatu untuk menilai semula kedudukan parti
itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam satu ucapan
menerusi rakaman video, pengerusi Bersatu itu membangkitkan hubungan
antara Umno dan Bersatu, dengan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan
baru-baru ini berkata parti itu tidak pernah menyertai PN dan gabungan itu bukanlah berdaftar seperti BN.
"Di satu pihak kita tak dapat sokongan daripada Umno, di pihak lain (Bersatu) juga tidak mendapat sokongan daripada PH.
"Jadi Bersatu tinggal terkontang-kanting, tak ada daratan, tak tahu di mana.
"Sudah tentu jika ada pilihan raya, tak mungkin Bersatu kekal (sebagai kerajaan) pun," kata bekas perdana menteri itu.
Katanya
lagi, besar kemungkinan Bersatu akan kalah teruk dalam PRU akan datang
dan harapan orang Melayu untuk melihat Umno digantikan sebuah parti
berasaskan Melayu yang lain tidak akan tercapai.
Menurut Mahathir
lagi, Umno telah menyatakan komitmennya untuk bertanding di semua kerusi
tradisinya pada PRU akan datang, dan itu bermakna kerusi yang
ditandingi dan juga dimenangi Bersatu.
"Ahli Bersatu...harus sedar
bahawa janji Muhyiddin untuk mengadakan satu gabungan bersama Umno dan
PAS tidak wujud," katanya lagi.
Kebimbangan sama
disuarakan Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir minggu lalu, dan
menyifatkan satu-satunya pilihan parti itu adalah untuk kembali kepada
PH.
Kerajaan PH yang dipimpin Mahathir tumbang pada akhir Februari
lalu apabila Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu, membawa keluar
parti itu daripada gabungan tersebut.
Beliau bersama sejumlah
anggota Parlimen PKR yang diketuai Azmin Ali kemudian menubuhkan
kerajaan PN bersama-sama Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan
beberapa parti lain.
Langkah Muhyiddin itu membawa perpecahan
dalam Bersatu apabila Mahathir membantah tindakan itu dan kekal sebagai
pembangkang di Dewan Rakyat bersama-sama empat anggota Parlimen lagi.
Dalam
pada itu, Mahathir meminta anggota Bersatu melihat kembali sebab mereka
menyertai parti itu dan menilai semula kesetiaan mereka.
"Fikirlah
dengan mendalam. Ya kita patut setia tetapi jangan setia kepada
pemimpin (begitu saja). Pastikan pemimpin itu berjuang untuk bangsa,
negara dan agama, baru kita boleh setia kepada mereka.
"Orang yang
hanya berjuang untuk dirinya...Walaupun dia pemimpin kita, janganklah
kita rosakkan diri kita dengan setia kepadanya," katanya lagi.
Khamis
lalu, Marzuki Yahya menyangkal dakwaan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi
(MPT) parti itu membuat keputusan untuk meninggalkan PH dalam mesyuarat
pada akhir Februari lalu.
Beliau merupakan setiausaha agung parti pada masa itu. Statusnya kini dalam pertikaian apabila Muhyiddin melantik Hamzah Zainuddin ke jawatan itu, yang disifatkan Mahathir sebagai tidak sah.
Dr M: Bersatu kini terkontang-kanting, akan kalah teruk PRU15
Reviewed by editorreformis
on
Mei 10, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi bayangan akan bekerjasama sekali lagi dalam arena politik...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.