https://critoxium.com/shop/

Terkini

UMNO Melaka berisiko menggigit jari sekali lagi


Oleh Mohd Yusri Ibrahim

Anak2 muda UMNO bersemangat untuk bertanding solo dalam PRN Melaka yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bolehkah BN menang Melaka kali ini jika bertanding solo?

Ada beberapa perspektif perlu ditinjau.

Dalam PRU14 pada 2018 BN kalah dan hilang Melaka, mereka hanya menang 13 kerusi sahaja.

Dalam PRN pada tahun 2021, BN kembali menawan Melaka apabila menang 21 daripada 28 kerusi.

Apa faktor utama BN menang dalam PRN tersebut?

Saya turut berada di sana pada masa itu, membuat tinjauan lapangan.

Antara penyumbang besar kemenangan BN pada masa itu adalah faktor Najib, faktor Bossku.

Bossku pada waktu itu bukan sekadar membantu kemenangan PRN Melaka, bahkan membantu banyak kemenangan BN dalam PRK dan PRN lain pasca PRU18.

Bermula di Cameron Highland, aura Bossku tidak tersekat lagi terus melanda Semenyih, Rantau, Tanjong Piai, Sabah, Johor dan beberapa PRK lain lagi dalam tempoh tersebut, saya berada di lapangan dalam hampir semua pilihan raya itu.

Tanpa faktor Najib, apa berlaku kepada BN Melaka dalam PRU15 pada 2022?

Walaupun menang 21 kerusi DUN dalam PRN 2021, BN kalah semua kerusi parlimen dalam PRU 2022.

Untuk rekod, dalam PRU15 2022 tersebut Gelombang Hijau belum memuncak sepenuhnya, gelombang tersebut mencapai kemuncak pada PRN 6 negeri pada Ogos 2023.

Maksudnya, walaupun sewaktu Green Wave belum mencapai kemuncak, BN sudah kalah semua kerusi parlimen di Melaka.

Selain itu, walaupun menang 21 kerusi dalam PRN 2021, 11 kerusi hanya dimenangi dengan majoriti kecil iaitu kurang 1000 undi, sangat marginal.

Bahkan beberapa kerusi hanya menang dengan majoriti kurang 500 undi.

Dalam masa sama, walaupun menang 21 daripada 28 kerusi pada tahun itu, BN hanya mengumpul 38.4% undi popular sahaja, manakala PH 35.8% dan PN 24.3%.

Persoalannya, adakah UMNO/BN boleh menang PRN Melaka kali ini seperti diyakini oleh anak2 muda mereka?

Secara jujur, saya tiada data terkini di lapangan untuk membuat prediksi jika PRN diadakan sekarang, tiada kajian khusus di sana dalam tempoh terdekat.

Namun berdasarkan data2 sedia ada, saya menjangkakan tidak mudah juga untuk UMNO/BN.

Jika pertandingan tiga penjuru, pertembungan bakal jadi sangat sengit dan marginal.

Tersilap sedikit percaturan, UMNO Melaka berisiko menggigit jari sekali lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.