Pas Jaguh Bab Derhaka Raja ,Elok Cermin Diri
Oleh Ahmad Mursi
Pemimpin PAS cuba menggambarkan teguran Sultan Pahang dan Selangor sebagai disebabkan perbuatan derhaka.
Isu yang timbul adalah berkaitan pentadbiran yang boleh dan akan diselesaikan.
Misalnya isu babi, Haji Hadi semasa menjadi MB, antara polisi yang dibuat pada tahun 2001 ialah membenarkan semula penternakan babi walhal populasi bukan Islam hanya 3% di Terengganu. Sejak 1990, kerajaan BN telah membuat larangan.
Kata Hj Hadi waktu itu: "Penternakan khinzir merupakan hak orang bukan Islam". Walaun pula memuji betapa toleransinya 'pemerintahan Islam' waktu itu.
Sebab itu, isu pentadbiran seperti itu perlu diurus dengan baik dan PMX secara tertib mempersembahkan maklum kepada pihak Istana berkenaan hal itu.
Isu pasir pula ialah isu legasi, di mana kerajaan Tun M telah mula menyekat eksport pasir laut dan mengawal eksport pasir sungai melalui AP. Polisi itu kekal sejak 2019 hingga kini.
Teguran pihak Istana terhadap pemimpin PAS sebelum ini pula berbeza apabila melibatkan isu penghinaan dan mempertikai kuasa Sultan.
Antaranya, Agong (Sultan Pahang) murka kepada Takiyuddin, manakala Sultan Selangor murka kepada Haji Hadi dan Sanusi.
Semasa Kerajaan Tebuk Atap pada tahun 2021, Agong mengarahkan ordinan darurat dibentang dan dibahas di Parlimen. Namun, Takiyuddin mengumumkan semua ordinan darurat dibatalkan walhal belum mendapat perkenan Agong.
Agong murka dan menyatakan baginda “amat berdukacita” serta menganggap tindakan itu mengelirukan Dewan.
Sultan Selangor murka terhadap Sanusi kerana memperlekeh institusi Kesultanan Selangor yang dibandingkannya dengan Kesultanan Kedah. Sebab itu MB yang dilantik di Selangor katanya 'cokia' tidak seperti dirinya di Kedah.
Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI murka kerana Haji Hadi mengelirukan orang awam dalam kes Nik Elin (2024) di Mahkamah Persekutuan dengan mengkritik Raja-Raja Melayu serta menggambarkan mereka sebagai tiada wawasan akhirat dan mengejar kepentingan dunia dalam hal menjaga kepentingan Islam dalam Perlembagaan.
Banyak lagi isu pertembungan Istana dan PAS melibatkan perkara yang tidak sepatutnya disentuh.
Jadi, sebelum PAS mula berkempen menuduh pihak lain derhaka, eloklah cermin diri dulu.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.