Kenyataan Palsu, Sayap Mahasiswa Keadilan Nyatakan Sokongan Penuh Terhadap PM Anwar
1. Satu kenyataan media yang dikaitkan dengan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) telah tular hari ini.
2. Setiausaha Agung MKM, Aqeef Salih, menafikan bahawa kenyataan tersebut mewakili pendirian rasmi organisasi.
3. Kenyataan yang tular itu tidak pernah dibincang atau diluluskan melalui mana-mana saluran rasmi MKM.
4. Ia dipercayai tindakan beberapa individu dalam pimpinan pusat yang menggunakan platform organisasi untuk agenda peribadi.
5. Kenyataan tersebut juga dikeluarkan tanpa meletakkan nama serta jawatan pihak yang bertanggungjawab.
6. Pihak MKM melihat tindakan berselindung di sebalik nama organisasi ini sebagai tidak profesional.
7. Organisasi menegaskan bahawa pandangan peribadi tidak boleh diangkat menjadi pendirian rasmi tanpa sebarang mandat atau persetujuan bersama.
8. Sebagai sayap mahasiswa, MKM menyatakan mereka kekal menghormati institusi presiden dan menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
9. Pihak sekretariat MKM akan meneliti isu ini secara serius.
10. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang didapati menyalahgunakan nama organisasi tanpa kebenaran. Lihat Sedikit
Aqeef Salih
Setiausaha Agung
Mahasiswa Keadilan Malaysia




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.