Ku Li kesal polis perlu isi banyak borang tuntut elaun RM200
Veteran
Umno, Tengku Razaleigh Hamzah kesal dengan kegagalan kerajaan
mempermudahkan pemberian elaun khas kepada anggota polis yang menjadi
petugas barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19.
Beliau berkata, anggota polis berdepan karenah birokrasi apabila terpaksa mengisi 'puluhan' borang terlebih dahulu sebelum boleh membuat tuntutan elaun berkenaan.
"Mengapa kerajaan tidak mempermudahkan cara membayar elaun khas RM200 kepada ribuan polis barisan hadapan?
"Adalah difahamkan mereka yang berhak dikehendaki mengisi banyak helai borang (berpuluh borang) untuk menerima elaun ini," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan anggota dan pegawai polis berdepan kesukaran untuk membuat tuntutan elaun penugasan koronavirus (Covid-19) yang berjumlah RM200 sebulan.
Mereka menyifatkan kerajaan seperti tidak ikhlas apabila mereka perlu mengisi tiga salinan set borang sebelum menuntut elaun tersebut.
Menurut seorang anggota polis dari Pulau Pinang yang hanya ingin dikenali sebagai Ali berkata, mereka perlu mengisi borang melalui e-siar dan harus diisi secara bertaip yang perlu disertakan bersama enam jenis salinan dokumen peribadi.
Antara yang perlu disertakan ialah salinan akaun bank gaji, salinan slip gaji, surat arahan bertugas daripada ketua bahagian dan surat arahan bertugas yang ditandatangani oleh ketua polis daerah serta senarai nama petugas.
Tambahnya, tuntutan penugasan itu bermula pada tarikh 1 April sehingga 30 April sedangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
"Tidakkah ini zaman rakyat susah? Janganlah terlampau birokratik, permudahkanlah," katanya.
Hari ini, sebanyak 2.3 juta permohonan baru dan rayuan BPN telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kelulusan itu dibuat selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai membuat semakan ke atas permohonan baru dan rayuan ini.

Menurut Ku Li, selain petugas barisan hadapan, kerajaan juga perlu mempermudahkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
"Demikian juga susahnya untuk mendapat bantuan lain di bawah program bantuan Prihatin Kerajaan."Tidakkah ini zaman rakyat susah? Janganlah terlampau birokratik, permudahkanlah," katanya.
Hari ini, sebanyak 2.3 juta permohonan baru dan rayuan BPN telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kelulusan itu dibuat selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai membuat semakan ke atas permohonan baru dan rayuan ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.