Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam kerajaan Malaysia.
Ya.
Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak
berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga
orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah
tertentu dan rasuah.
Dalam penjara pun terdapat ramai banduan Melayu.
Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancur mereka?
Ya.
Dahulu kita dijajah oleh British. Tetapi negara sebesar India pun
dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan
oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian
Belanda.
Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang
pentadbiran. Tetapi seperti di tempat-tempat lain, British mengambil
alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka.
Selepas
Perang Dunia Kedua, British kembali ke Malaya dan merancang untuk
benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka. Mereka
bercadang menubuhkan Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari
Whitehall London.
Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir
agama Islam dan adat istiadat Melayu. MacMichael memaksa raja-raja
Melayu menyerahkan negeri-negeri mereka kepada British.
Tidak ada
rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang
Melayu bangun dan menentang Malayan Union. Ringkasnya British - suatu
kuasa dunia yang baru memenangi perang - terpaksa tunduk kepada orang
Melayu. Terpaksa membatalkan Malayan Union hanya dua tahun selepas ia
diisytiharkan.
British ingat mudah untuk merampas negeri Melayu
seperti mereka merampas Palestin untuk diberi kepada Yahudi. Percubaan
untuk merampas negeri Melayu - untuk sebenarnya menghancurkan bangsa
Melayu - gagal. Gagal kerana orang Melayu menentang.
Semua syarikat penjajah dibeli
Mungkin
sekarang ada Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada
penolakan Malayan Union, Melayu menuntut kemerdekaan. Pemuda Melayu
menuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi
pada 1959.
Melayu menolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan
1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan
tetapi Melayu menolak.
Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, kerajaan pimpinan Melayu perkenalkan dasar “Buy British Last”. Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia.
Semua syarikat penjajah dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu.
Demikian
juga dengan kuasa besar yang lain. Biasanya setiap pemimpin baru
negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik, akan meminta untuk pergi
mengadap Presiden Amerika.
Kita tidak. Perdana Menteri Malaysia
yang menjadi perdana menteri pada 1981 hanya pergi AS tiga tahun selepas
dilantik walaupun duta AS cuba mendapatkan temu janji sesudah sahaja
perdana menteri baru Malaysia mengambil alih.
Pemimpin Melayu
Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku
kezaliman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang
lantang menegur penyelewengan kuasa besar kepada Israel.
Percubaan dibuat oleh penyangak matawang untuk kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemis bantuan International Monetary Fund (Tabung Kewangan Antarabangsa - IMF) dan World Bank (Bank Dunia).
Badan-badan ini menawarkan pinjaman jika Malaysia meletakkan ekonomi Malaysia di bawah mereka.
Kita
tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah penurunan
nilai ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan
muflis – bankrap. Tetapi tidak.
Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran juga Melayu.
Dan banyak lagilah peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan.
Tetapi
orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenarkan
penyangak menjadi pemimpin. Pemimpin seperti ini - walaupun Melayu -
akan menghancurkan orang Melayu.
Boleh main golf dengan Trump
Kita
tubuh sebuah parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti
ini berjaya. Berjaya kalahkan British, mencapai kemerdekaan,
membangunkan negara sehingga menjadi Harimau Asia.
Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 Mei 2018, parti ini kalah.
Kenapa?
Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak
payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara
yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah
oleh pencuri.
Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi mengutamakan perjuangan orang Melayu.
Maka
dimomokkan orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP.
Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British,
kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut
dihancurkan oleh DAP. Takut kepada Guan Eng.
Orang Melayu takut kepada Guan Eng.
Dari mana datang bacul ini? Nak dapat perlindungan daripada siapa? Dari Najib? Dari kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak?
Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah?
Dia kalah kerana melindung Melayukah?
Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?
Pemuda
Melayu dahulu berlawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong
Najib ini mencari perlindungan daripada Najib. Sudah jadi baculkah?
Saya malu. Amat malu.
Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.
DAP tidak mungkin hancurkan Melayu tetapi mereka (Melayu) akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin.
DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Bersatu, merangkap ahli parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri Malaysia.
'Mungkin sekarang ada Melayu bacul'
Reviewed by editorreformis
on
Mei 12, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
PETALING JAYA: Selepas 10 tahun, pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden mungkin dipertandingkan buat pertama kali pada pe...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.