https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pas Johor dilihat hilang keyakinan.

Oleh  Azam Mektar

Takut kehilangan satu kerusi tunggal, PAS Johor hari ini melalui Pesuruhjayanya Abdullah Husin mengharapkan tidak akan berlaku pembubaran Dun Negeri Johor.

Semua maklum kerusi Dun Bukit Pasir pada PRU 14 yang lepas, dimenangi PAS secara tidak sengaja selepas calon PH (BERSATU) Pizi Jihat didapati bankrap dan tidak layak bertanding selepas menghantar borang pencalonan.

Kenyataan beliau ini menunjukkan PAS Johor hilang keyakinan untuk memperolehi mandat rakyat dan menjadi kerajaan melalui jalan pilihan raya. Maka terkuburlah slogan Islam Memimpin.

Kenyataan beliau juga tidak selari dengan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed sebelum ini mengingatkan BERSATU supaya mencerminkan diri sendiri. Sambil menyarankan Tuanku bubar dun selepas BERSATU Johor dilihat ‘banyak cakap’.

Saya melihat kegagalan di pihak beliau yang menjadi perantara bagi menenangkan konflik antara 2 parti tersebut.

Tambahan pula Pengerusi BERSATU Johor, Mazlan Bujang adalah seteru beliau pada PRU14 yang lepas di Dun Puteri Wangsa. Beliau adalah penyandang wakil rakyat disitu tetapi hilang wang deposit pada PRU yang lalu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.