Anwar Nasionalis Islamik moderate, Ku Li nasionalisfaudalisme.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah, adalah dua sosok yang tidak ada kesalahan besar dalam politik.
Keduanya tidak ada rekod mengkhianati kawan atau pun lawan seperti pernah dilakukan oleh politis lain. Sebaliknya mereka kerap dikhianati.
Politis veteran yang masih ada dan terus berjuang demi rakyat, adalah mereka berdua dalam dimensi dan suasana berbeza.
Anwar masih dilihat relevan untuk memimpin Malaysia, sementara Tengku Razaleig sudah tidak lagi.
Faktor usia dan posisi masing-masing dalam parti menjadikan mereka berbeza antara satu sama lain.
Anwar adalah presiden PKR dan memimpin komponen Pakatan Harapan.
Sementara Tengku Razaleigh hanya sebagai penasihat kepada Umno.
Keistimewaan kedua mereka di mata saya, mereka politis yang berprinsip dan demokratik tulen.
Mereka juga tidak pernah menganggap musuh dan orang mengkhianati mereka sebagai lawan selama-lamanya. Mereka adalah pemaaf dan sedia berkompromi dengan sesiapa sahaja demi bangsa dan negara, juga mudah melupai penganiayaan orang terhadap mereka.
Satu masa saya terfikir kalau mereka berdua bergabung, negara akan memiliki pemimpin yang ideal. Tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja.
Perbezaan idealogi dan latar belakang kehidupan menjadikan mereka tidak serasi.
Anwar seorang nasionalis Islamik moderate, manakala Tengku Razaleigh pula seorang nasionalis yang masih berpegang kepada faudalisme.
Bagi saya kedua mereka adalah politis Malaysia yang boleh diletak di mata sebagai pemimpin terulung yang memiliki saksiah dan teguh dengan prinsip perjuangan.
Apabila kita menyenaraikan ahli politik negara yang tiada dosa politik sesama sendiri mereka berdua adalah pemenangnya. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.