KEENAKAN durian terutama klon Musang King, Udang Merah dan Duri Hitam
membuatkan sesiapa sahaja sanggup ke pelosok negara untuk menikmatinya.
Aroma,
warna, bau dan kegebuan durian mempunyai pelbagai khasiat seperti
mengandungi vitamin C, B2 dan B9, phytonutrien dan antioksidan tinggi.
Raja
buah itu juga mengandungi 65 peratus air, 27 peratus karbohidrat
termasuk empat peratus serat, lima peratus lemak dan satu peratus
protein.
Makan durian memang lazat. Sesetengahnya makan
semahu-mahunya. Selang beberapa jam, badan mulai panas dan kepala pula
pening, selain pedih ulu hati dan kembung perut akibat terlebih
menikmati durian yang menyebabkan individu rasa tidak selesa.
Situasi
itu adalah normal. Malah mereka tahu akibat pengambilan secara
berlebihan boleh mengakibatkan kesan negatif, namun ramai yang tewas
akibat keenakannya.
PAKAR Sains Makanan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Wan Rosli Wan IshakPakar
Sains Makanan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Wan Rosli Wan
Ishak, berkata secara purata, pengambilan durian sebanyak dua ulas sudah
mencukupi, namun bagi ulas yang besar, satu sahaja memadai.
Katanya, ini kerana makan secara berlebihan boleh mengundang sensasi 'panas' dan sakit kepala.
Kajian menunjukkan ada lebih 100 jenis sebatian meruap yang memberi perisa dan aroma dikenal pasti dalam durian.
Beliau berkata, antaranya ialah kumpulan ester, sebatian bersulfur, sebatian karbonil, sebatian beralkohol, hidrokarbon.
"Sebatian
ini bergantung kepada spesis. Sebatian kimia bersulfur dan ester ini
sangat mudah meruap. Oleh itu durian ini dapat dihidu walaupun dari
jarak jauh dan apabila dimakan dalam kuantiti banyak, bahan kimia
bersulfur meruap dalam durian ini mungkin boleh mengaktifkan sistem
penghadaman tertentu menyebabkan sensasi 'panas'," katanya.
Awas pesakit buah pinggang
Reaksinya
itu bergantung kepada sistem penghadaman individu, sebahagian sebatian
bersulfur yang tidak 'sempat' meruap mungkin akan diguna oleh bakteria
dalam usus besar dan menghasilkan gas hidrogen sulfida.
Fenomena
ini akan menyebabkan pengumpulan gas (angin) seterusnya membuatkan
kemungkinan pedih ulu hati, sendawa, sering kentut dan kembung perut.
Dr
Wan Rosli berkata, situasi itu adalah kesan 'negatif' pengambilan buah
durian secara berlebihan, namun waspada kepada golongan yang mempunyai
penyakit serius seperti pesakit buah pinggang kerana ia boleh
membahayakan nyawa mereka!
Ini kerana durian mempunyai
kandungan mineral potasium yang tinggi kurang sesuai kepada pesakit buah
pinggang terutama yang sedang menjalani rawatan dialisis.
"Bagi
pesakit buah pinggang, sistem perkumuhan mereka tidak berupaya untuk
mengeluarkan bahan kumuh daripada badan, contohnya potasium berbanding
dengan individu normal," katanya.
Gangguan ritma jantung,
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan potasium mungkin boleh
menyebabkan peningkatan paras potasium dalam darah.
Katanya,
paras potassium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan gangguan
kepada ritma jantung dan boleh membahayakan nyawa pesakit.
Pesakit
diabetes Kadar gula di dalam durian juga tinggi, justeru perlu diambil
dalam kuantiti sederhana terutama mereka yang menghidap diabetes.
Pengambilan
durian dalam kuantiti banyak menyebabkan paras gula dalam darah menjadi
tidak terkawal dan menyebabkan pesakit mula mengalami kelemahan yang
berterusan, " katanya.
Tekanan darah tinggi, serangan
jantung Tahun lalu, di Jakarta melaporkan seorang lelaki yang juga
penghidap darah tinggi disyaki maut akibat pengambilan durian secara
berlebihan.
Keadaan itu, mungkin boleh terjadi apabila
makan terlalu banyak buah itu menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu
tinggi mengakibatkan salur darahnya pecah.
Dr Wan Rosli
berkata, durian mengandungi 11 jenis alkohol di mana kandungannya durian
mungkin boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi dan apabila
berlaku akan menyebabkan gangguan kadar denyutan jantung, sekali gus
mungkin mendapat serangan kepada jantung secara tiba-tiba.
"Sekiranya
tekanan darah dan serangan jantung serentak, ia mungkin boleh
menyebabkan kematian. Durian juga mengandungi sebatian bersulfur (dietil
disulfida) boleh merencat aktiviti enzim aldehyde dehydrogenase (ALDH)
dalam hati yang berfungsi untuk memecahkan alkohol," katanya.
Ganggu pencernaan, perut, hati
Beliau
berkata, durian memang tinggi kalori, jadi meningkatkan kandungan
alkohol (daripada durian yang dimakan dalam kuantiti yang banyak) akan
mengganggu pencernaan pada perut dan hati.
"Hal ini mungkin
boleh mengakibatkan paras alkohol dalam darah yang gagal dipecah oleh
tubuh kerana direncat oleh durian akan berubah menjadi sangat beracun,"
katanya.
Minum air dalam kulit durian hanya mitos
Beliau
berkata, minum air di dalam kulit durian seperti dakwaan sesetengah
bagi mengelak rasa 'panas' adalah mitos dan tiada bukti saintifik
berkaitannya.
Katanya, agak sukar untuk mengaitkan sebatian kimia dalam pangsa durian ini.
Bagaimanapun,
tidak dapat dinafikan kemungkinan kesan psikologi yang yakin dapat
berkaitannya merangsang sebatian kimia dalam otak berfungsi dan
menyebabkan amalan ini berkesan, tetapi kajian lanjut perlu dilakukan
berkaitannya.
Kesan bayi dalam kandungan?
Begitu
juga ada pandangan ibu hamil tidak boleh makan durian kerana memberi
kesan kepada bayi adalah kepercayaan semata-mata dan tidak dapat
dibuktikan secara saintifik.
"Saya berpendapat ibu hamil selamat dan boleh makan durian tetapi dalam kuantiti yang sederhana.
"Cuma
sebagai langkah berwaspada, ibu hamil dinasihatkan mendapatkan nasihat
doktor jika khuatir kesannya. Bagi pesakit diabetes gestasi, pengambilan
durian mungkin tidak digalakkan memandangkan kandungan gulanya tinggi, "
katanya.
Manfaat durian kepada ibu hamil
Beliau
berkata, sebenarnya makan durian dalam jumlah sederhana semasa hamil
boleh memberi manfaat kerana buah itu mengandungi sebatian tryptophan
dan organo-sulpur memberikan kesan positif seperti memberi ketenangan,
membantu mengelak imsomnia dan berfungsi sebagai antioksidan.
Mengenai
kewujudan khasiat durian klon, Dr Wan Rosli berkata, secara umumnya,
keenakan sesuatu klon durian adalah terdapat pada keunikan perisa
membabitkan gabungan komposisi sebatian meruap, rasa, tekstur, warna,
komposisi gula dan kandungan lemak.
Kajian menyeluruh juga
perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada durian kampung mempunyai lebih
khasiat atau sebaliknya berbanding durian klon.
Durian
mengandungi gula yang sangat tinggi dan kandungan serat dietari sangat
rendah berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran lain.
Pengambilan serat dietari yang mencukupi perlu untuk menghindarkan pelbagai penyakit tidak berjangkit.
"Di
USM, kumpulan kami menumpukan kajian terhadap kumpulan buah dan sayur
mempunyai serat dietari tinggi seperti pisang ranum,' rock melon',
kundur dan jagung muda.
"Hasil kajian kami mendapati serat
dietari daripada pisang ranum dan jagung muda menghasilkan produk
berasaskan bakeri seperti biskut, mufin dan kek yang rendah indeks
glisemik (GI), di mana ia mampu dinikmati semua golongan termasuk yang
menghidap diabetes kerana kandungan gula dalam darah tidak meningkat
selepas mereka makan produk ini.
"Serat tak larut air
memerangkap granul kanji dan melengahkan aktiviti enzim alpha-amylase
untuk meghidrolisis kanji (menghasilkan glukosa) dalam produk bakeri
ini. Situasi ini menurunkan respons glisemik dan nilai GI produk bakeri.
Produk
berserat tinggi mengawal glukosa dalam darah supaya tidak meningkat dan
seterusnya membantu mengelakkan komplikasi diabetes.
Beliau
berkata, pihaknya menjangkakan ciri rendah GI juga terdapat dalam
durian yang belum masak kerana kewujudan kanji rintangnya.
Namun
kajian lanjut berkaitan dengan fungsi kanji rintang dan nilai pemakanan
durian pada tahap kematangan berbeza (sebelum durian betul-betul masak)
berada dalam senarai perancangan kajian kami, " katanya.
Dr
Wan Rosli tidak menafikan durian boleh memberi manfaat kepada kesihatan
jika diambil dalam kuantiti sederhana, sebaliknya memudaratkan serta
mendatangkan komplikasi jika dimakan secara tidak terkawal.
Durian 'perangkap' penyakit
Reviewed by editorreformis
on
Julai 15, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Ahmad Mursi 1. BERSATU bengang apabila Haji Hadi membuat tuduhan terbuka di media. Maka semalam BERSATU juga terpaksa menjawab mel...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.