https://critoxium.com/shop/

Terkini

Air Hujan :Sumber Alternatif.. tu tak payah cerita

 


Tak payah lah berusaha sangat Backup Kenyataan Tuan Ibrahim, Jelas dalam laporan Berita harakah sendiri tulis laporan..

" Kerajaan menggalakkan rakyat memanfaat air hujan sebagai pilihan baharu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air... "

Dalam laporan harakah tu siap tunjuk tong air.. sama seperti Tong air di pendalaman Sabah dan Sarawak..tak payah dok cerita lah punya nak backup teknologi atau kaedah penjimatan air dalam sistem perumahan, itu takda kaitan dengan bekalan air.. hatta Empangan dan kawasan tadahan juga bergantung dgn air hujan..Itu bukan Soalnya..

Bukan hanya air Hujan, Sumber bawah tanah hatta di Singapura.. teknologi dixsana boleh proses air kumbahan menjadi air terawat..Siap boleh minum..Itu orang panggil Teknologi alternatif.. bukan satu cara menyelesaikan masalah air di Kelantan.. di Kelantan ni masalah infrastruktur air pun masih belum selesai...bukan cerita jimat untuk basuh kereta.. atau siram pokok...

Sistem atau Teknologi penjimatan air..Pengunaan air hujan ni, Sama lah macam cerita tenaga Elektrik.. Penggunaan teknologi Solar umpamanya ianya hanya bagi tujuan penjimatan.. Bukan itu cara nak selesaikan masalah ketiadaan bekalan Elektrik.. Teknologi Solar tu berbeza dengan guna Generator jana Elektrik..

Tak payah Cover sangat..Tuan Ibrahim pun status dia baru nak cover..baru nak sebut sumber Alternatif.. tu tak payah cerita, Semua orang tahu.. orang nak tahu macam mana nak selesai masalah air Kelantan.. Soal tadan air..gali perigi...atau mandi Sungai seperti cadangan Nik Amar tu dah lama rakyat Kelantan buat..tak payah jadi Menteri untuk fikir..

Ipohmali

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.