https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mengapa Warisan Kalah ?

 


Oleh Manan Razali
 
Saya bukan anggota mana2 parti politik. Saya juga bukan seorang penganalisa politik dan tak berminat utk melontar bermacam-macam teori mengenai kegilaan dan kebangangan politik yg sedang belaku di tanahair kita. 
Fikiran dan pengamatan saya mengenai perkembangan2 politik yg berlaku di sini lazimnya dilihat dari lensa yg agak simplistik dan straight to the point. 
 
Saya benci kezaliman dan ketidak-adilan sebab agama saya ajar saya supaya bersikap demikian. Ini saja ukuran saya yg paling mudah kerana ia adalah salah satu prasyarat utama utk jadi khalifah Allah yg berjaya dan cemerlang di atas mukabumiNya dan juga di akhirat kelak.
 
Bagi saya sebab Warisan kalah senang saja : Kerana MAJORITI (bukan semua) rakyat Sabah masih lagi bodoh dan tak bermaruah. Sama macam MAJORITI orang Melayu di Semenanjung yg tidak boleh bezakan antara kebenaran dan kebatilan. Sama2 buta, pekak dan bodoh. 
 
Si-Najib penyamun itu amat betul dalam hal ini apabila agama dia bersyahadahkan kalimah : "Cash is King" dan dia percaya bahawa agama ini akan berjaya dia sebarkan untuk dianuti oleh ramai orang Melayu. Tak jauh beza dengan janji Iblis nak sesatkan semua anak2 Adam dgn menghiaskan kemungkaran dan jalan2 kesesatan agar kelihatan cantik dan menawan.
 
Ramai juga dari kalangan kita sebenarnya berharap PRN Sabah yg baru selesai semalam akan beri kemenangan ke atas agama sesat "Cash is King" ini agar rakyat Sabah boleh tolong sedarkan orang2 Melayu di semenanjung tentang kesesatan yg sudah lama dianuti ini. Tapi malangnya, rupa2nya rakyat Sabah pun 2 x 5 juga terjebak dalam masalah yg sama dan enggan kembali ke pangkal jalan yg benar walaupun diberi peluang besar untuk melakukannya.
 
Pusinglah ikut mana pun, selagi sistem pemilihan pemimpin2 negara dan negeri adalah atas dasar demokrasi, buruk atau baiknya masa depan kita adalah di dalam tangan kita sesama sendiri yg menentukan siapa yg akan berjaya utk dipilih sebagai pemimpin yg akan mewakili kita. 
 
Kalau majoriti dari kita pilih untuk memenangkan penyamun2 dan pembohong2 tegar, maka rosaklah hidup kita. Sebaliknya kalau yg dipilih itu ialah pemimpin2 berprinsip dan berintegriti, maka insyaa Allah kita akan berpeluang memperbaiki nasib hidup kita. Ini hukum alam yg dinamakan Sunatullah.
 
 Mana masuk akal bila pilih yg buruk tapi nak harap hasil yg baik. Kalau tanam pokok mangga yg masam, mana logiknya bila hasil yg diharapkan ialah buah yg manis?
 
Jalan keluar dari kecelaruan ini ialah masing2 tuan punya badan mesti sedar dan perbetulkan diri sendiri dahulu. Diri sendiri kena wajib inginkan kebaikan, bukannya keburukan. Allah sudah beri peringatan yg jelas mengenai perkara ini :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka terlebih dahulu.” [Ar-Ra'd (13) : 11]
 
Siapa yg masih tidak faham lagi mesej ayat yg lazim diungkapkan ini, lebih baik pergi flush saja kepala dia dalam mangkuk tandas (toilet bowl). Ini saja yg layak baginya sebab tahap kebodohannya dah sampai ke level paling gaban sekali hingga tiada ubat yg mampu menyembuhkan dia dari penyakit kronik ini yg mungkin dihidapi akibat disampuk oleh jembalang puaka yg bernama "Bossku" hingga rosak semua pancaindera mangsa2nya.
 
Kesimpulannya ialah selagi majoriti dari kita rosak pemikiran dan sistem nilai hidup hingga bersungguh-sungguh berusaha untuk memenangkan kejahatan dan kebatilan, jangan haraplah keadaan kita akan berubah menjadi lebih baik. Maka bersiap sedia sajalah untuk menghadapi kezaliman yang akan semakin berleluasa dan kehancuran yg pasti akan tiba saatnya. 
 
Majoriti rakyat Sabah baru saja selesai memilih kezaliman dan kehancuran untuk diri mereka. Kita pula di semenanjung akan membuat pilihan ini tidak lama lagi. Samada kita ingin kekal bangang untuk jahanamkan hidup kita serta anak cucu kita atau tidak, terpulanglah pada masing2 utk memutuskannya sendiri.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.