https://critoxium.com/shop/

Terkini

Cadangan darurat ditolak, Muhyiddin kalah moral, kata Shahrir Samad


KUALA LUMPUR, — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengalami kekalahan moral selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangannya untuk mengisytiharkan darurat, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Ketua Umno Johor Bahru itu berkata walaupun ditemani menteri, ketua polis negara dan ketua angkatan tentera, namun nasihat Muhyiddin itu gagal meyakinkan Al-Sultan Abdullah.

“Apa nak jadi kepada negara kita apabila kerajaan dipimpin oleh seorang perdana menteri yang nasihatnya kepada ketua negara ditolak.

“Walaupun ditemani oleh menteri-menteri kanan, ketua polis negara dan ketua angkatan tentera, masih ketua negara tidak dapat diyakini.

“Tan Sri Muhyiddin mengalami kekalahan moral.

“Yang di-Pertuan Agong lebih bijaksana,” catat bekas menteri dan ahli politik veteran Umno itu di Facebook.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.