Ibadah umrah dibenar mulai 1 Nov, 10,000 jemaah dianggarkan tiba di Arab Saudi setiap minggu
KUALA LUMPUR: Bermula November ini, lebih 500 syarikat pengedali umrah yang terjejas akibat COVID-19 boleh menarik nafas lega selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan untuk menerima jemaah menunaikan ibadah itu secara berperingkat.
Syarikat penerbangan Saudi
juga mengumumkan pembukaan semula 33 destinasi pelancongan dari negara
zon hijau yang tidak terjejas akibat COVID-19 dan berjaya menangani
wabak itu dengan cemerlang.
Dianggarkan 10,000 jemaah akan tiba di negara itu setiap minggu untuk mengerjakan umrah.
Kementerian
itu juga menetapkan hanya jemaah berusia antara 18 hingga 50 tahun
boleh menunaikan umrah dan ia selari dengan syarat yang ditetapkan
Kementerian Kesihatan.
Setiap
individu mesti mengemukakan sijil ujian saringan yang mengesahkan
mereka negatif COVID-19 dan ujian tersebut haruslah tidak melebihi 72
jam sebelum tempoh masa penerbangan.
Jemaah
yang datang dari luar negara juga akan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil iaitu sekurang-kurangnya 50 orang dalam satu masa.
Semua
aktiviti hendaklah dijalankan secara berkumpulan dan dibuat secara
tempahan termasuk bagi tarikh tertentu mengerjakan umrah dan menziarahi
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Seorang
mutawwif akan dilantik bagi setiap kumpulan dan ejen di Arab Saudi
dikehendaki mematuhi semua prosedur sebagaimana pakej perkhidmatan yang
ditawarkan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.