COVID-19: Facebook padam, Twitter sembunyi hantaran dibuat Trump
LAMAN sosial Facebook bertindak memadam hantaran dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mendakwa wabak COVID-19 kurang berbahaya berbanding selesema.
BBC
melaporkan, selain Facebook, ciapan Trump di Twitter juga
'disembunyikan' di sebalik satu amaran kerana dianggap "menyebarkan
maklumat mengelirukan dan berpotensi merbahaya" berkaitan COVID-19.
"Musim selesema akan tiba! Ramai orang setiap tahun, kadang-kadang lebih 100,000, walaupun ada vaksin, mati akibat selesema.
"Apakah
kita akan menutup negara kita? Tidak, kita kena belajar menghadapinya,
sama seperti kita berdepan dengan COVID-19, di mana di kebanyakan
populasi, ia jauh kurang berbahaya menyebabkan kematian," katanya dalam
ciapan pada Selasa.
Bagi membaca ciapan itu, pelayar Twitter perlu menekan butang amaran.
Pengurus
komunikasi dasar Facebook, Andy Stone, dipetik berkata: "Kami alihkan
informasi tidak tepat mengenai bahaya COVID-19, dan kini telah alihkan
hantaran ini."
Susulan
itu, Trump bertindak menulis hantaran: "Mansuhkan seksyen 230!!!",
merujuk kepada peruntukan undang-undang yang menyatakan media sosial
tidak bertanggungjawab ke atas posting dibuat pengguna.
Terdahulu,
Twitter dilaporkan memadam semua ciapan yang mendoakan kematian Trump
dalam usaha menyekat salah guna media sosial sebagai medan mengkritik
pemimpin negara itu.
Tindakan syarikat
berpangkalan di San Francisco itu dibuat berikutan banyak mesej dan
ciapan mendoakan kematian Presiden AS selepas beliau dilaporkan menerima
rawatan di hospital akibat positif COVID-19 minggu lalu.
Twitter,
dalam satu kenyataan, mempertahankan tindakannya dengan menegaskan
bahawa perbuatan mendoakan kematian sesiapa saja adalah tingkah laku
tidak sopan.
Pada Isnin, Trump meninggalkan Hospital
Tentera Walter Reed, Maryland selepas tiga hari menerima rawatan dan
mengumumkan akan 'kembali menyertai jelajah kempen pemilihan Presiden
tidak lama lagi'.
Kepulangan Trump menyusul ketika mana bilangan kakitangan White House yang dijangkiti COVID-19 masih belum dimuktamadkan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.