Itali perkenal ujian swab untuk kanak-kanak
PIHAK berkuasa kesihatan Lazio di Itali melancarkan ujian air liur untuk mengesan jangkitan COVID-19, iaitu suatu proses mudah dan tidak invasif untuk kanak-kanak.
Ujian itu dijalankan secara projek perintis oleh Istituto Grassi di tiga sekolah di bandar Fiumicino, Rom, pada Selasa.
Menurut
pihak berkuasa itu, ujian tersebut memerlukan mereka yang mengambil
bahagian untuk mengunyah swab yang seperti gula-gula getah selama lima
minit.
Air liur kemudian dianalisis untuk
mengetahui wujudnya antigen COVID-19 dan hasilnya dapat diperolehi
dalam tempoh empat hingga lima jam.
Sekiranya positif, swab tersebut akan dihantar ke hospital untuk analisis pengesahan selanjutnya.
Tujuannya
adalah untuk memaklumkan keluarga tentang sebarang risiko penularan,
bagi mengelak anak yang dijangkiti datang ke sekolah pada keesokan
harinya.
Sehingga kini, kira-kira 1.2
juta swab, ujian pantas dan jenis ujian lain di lapangan terbang dan
pelabuhan, dijalankan di wilayah tersebut dalam usaha membendung
penularan COVID-19.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.