https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mahasiswa Jangan Jadi Sepandir Noraini


Oleh Mohd Sayuti Omar

Senang jadi menteri atau pemimpin Malaysia, bila pemimpin buat kesalahan mereka perlu minta maaf sahaja, selesai masalah. 
 
Orang Melayu terkenal dengan sifat pemaaf, yang mana pemaaafan itu ada dua makna, baik hati atau memang pun kerana pengecut. Sikap itu selalu diambil kesempatan dan disalahguna.
 
Tengok apa berlaku kepada Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad, bila pihaknya buat kerja mengundang masalah kepada mahasiswa dan keluarga, beliau campak sahaja permohonan maaf habis cerita. 
 
Padahal kesusahan ditanggung mahasiswa baru yang datang dari jauh untuk daftar masuk ke pusat pengajian tinggi tidak pun dirasainya olehnya. 
 
Beliau mungkin tidak tahu mengira berapa wang dan penat lelah yang terpaksa dibelanjakan oleh ibubapa atau keluarga untuk menghantar anak ke IPTA. 
 
Kalau Noraini dapat merasai betapa susah dan menyusahnya mereka beliau tidak sekadar melemparkan permohonan maaf, tetapi perlu mengambil tanggungjawab lebih jauh dari itu, mungkin boleh cadangkan untuk beliau berundur sebagai menteri. Atau membalas rasa bersalah itu dengan terjun ke dalam sungai Mati di Muar.
 
Noraini jelas tidak seorang pemimpin berpandangan jauh kerana gagal menduga sesuatu yang sudah ada di hadapan mata. 
 
Sepatutnya beliau alert dengan pendamik Covid yang sudah menunjukkan tanda-tanda akan merebak sejak lebih seminggu lalu.
 
Apa dikesalkan, sikap beliau juga seperti main-main sahaja apabila memberi helah, kenapa kementeriannya umumkan pembatalan pendaftaran di saat akhir kerana meniru mahasiswa yang hantar assignment di saat-saat terakhir.
 
Cara Noraini bertindak dan memberi alasan itu sama seperti Pak Pandir yang kematian anaknya.
 
Kalau itulah sikap seorang menteri pengajian tinggi, macam manalah negara akan dapat mengeluarkan pelajar yang excellent. 
 
Kita harap para pelajar tidak melayan menteri seperti Noraini yang dangkal itu. Biarlah menteri itu menelan sendiri kebodohan. Trims

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.