Pas setia dengan kepimpinan Muhyiddin - Takiyuddin
KUALA LUMPUR: Pas menyatakan sokongan penuhnya kepada kepimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha
Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan pada lewat Isnin
berkata pendirian itu adalah bagi memastikan keselamatan, kehidupan
ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.
“Pas
menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus mempertegaskan sokongan
kesemua 18 Ahli Parlimen Pas bersama kerajaan PN yang prihatin serta
bertindak bagi memastikan keselamatan kehidupan ekonomi serta
ketenteraman negara dan rakyat terjamin.
Beliau
dalam pada itu turut menyeru Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) agar
terus beristiqamah untuk mempertahankan kepimpinan Muhyiddin dan
kerajaan PN.
“Pada
masa yang sama, PAS menyeru seluruh rakan-rakan Ahli Parlimen BN untuk
terus istiqamah mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan
PN yang dibina bersama atas keruntuhan Pakatan Harapan,” kata Takiyuddin
dalam satu kenyataan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.