https://critoxium.com/shop/

Terkini

Umno harus tentukan TPM, bukan orang lain, kata pemimpin parti’


PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan Umno berkata, parti itu mesti mempunyai kata putus berhubung individu yang mahu dicalonkan sebagai timbalan perdana menteri.’

Bercakap kepada FMT sebelum mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini yang dijangka membincangkan perkara itu, pemimpin tersebut, yang enggan dikenali berkata, Umno mesti memilih individu yang sesuai untuk jawatan tersebut.

“Masalah kami (Umno) sekarang ialah anggota Kabinet (Umno) tidak mengikut hirarki parti,” katanya.

Umno dilaporkan menimbangkan beberapa nama untuk dicadangkan sebagai timbalan perdana menteri.

Ini termasuklah presiden parti Ahmad Zahid Hamidi; naib presiden Ismail Sabri Yaakob dan ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.

“Biar Umno yang putuskan, bukan orang lain. Jika orang luar tentukan dan merupakan pilihan yang salah, maka akan berlaku perpecahan dalam parti,” katanya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata, tiada masalah siapa pun menjadi timbalan perdana menteri kerana ia merupakan jawatan sementara dan menrupakan budi bicara perdana menteri untuk melantik timbalannya.

“Iia tidak mengubah hala tuju kami. Bila pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tiba atau apabila ancaman wabak Covid-18 berakhir, kami akan menentang ‘parti bunga’,” katanya merujuk kepada PPBM.

“Kami tidak akan bekerjasama dengan mereka (PPBM) kerana ia adalah kehendak akar umbi parti. Jadi tiada masalah jika ada timbalan perdana menteri daripada Umno. Kami akan berada di kedudukan lebih baik untuk membantu rakyat sehingga PRU15. Umno berjuang untuk rakyat, bukan individu dalam parti,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.