Parti Dr M kesal JPPM belum luluskan permohonan daftar parti itu
PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dipimpin bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad, kesal pendaftarannya masih belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM ) selepas dimohon lebih 2 bulan lalu.
Pemimpinnya, Amiruddin Hamzah menggesa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, dan Ketua Pengarah JPPM, Masyati Abang Ibrahim, segera memutuskan dengan jelas agar pendaftaran Pejuang diluluskan mengikut undang-undang.
“Setelah lebih 2 bulan permohonan bertulis dan atas talian lengkap dikemukakan kepada JPPM, masih belum ada tanda-tanda Pejuang akan diluluskan.
“Situasi permohonan Pejuang amat berbeza dengan pendaftaran 2 buah parti lain antaranya Parti Makkal Sakti Malaysia yang diluluskan dalam masa masa 2 minggu manakala Perikatan Nasional pula diluluskan dengan kadar segera dalam proses yang amat meragukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Amirudin berkata 3 bulan tanpa jawapan yang bertulis adalah tidak munasabah, dan menimbulkan kecurigaan terhadap JPPM.
Pada 28 Sept, Amiruddin berkata beberapa pindaan perlu dibuat ke atas permohonan pendaftaran parti yang diserahkan kepada JPPM pada 19 Ogos.
Mahathir, dan penyokongnya termasuk Amirudin dan Mukhriz membentuk Pejuang selepas keahlian mereka dalam PPBM terlucut, selepas memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun parti memutuskan sebaliknya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.