COVID-19: Akhirnya, saintis temui vaksin keberkesanan sehingga 90 peratus
Oleh Saraya Mia
KUALA LUMPUR: Vaksin buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan COVID-19.
Menurut
Pfizer, vaksin jenis mRNA itu terbukti mampu mengelak jangkitan
COVID-19 bagi hampir kesemua individu yang mengambil bahagian dalam
ujian klinikal fasa ketiga.
“Ini
bermaksud kami sudah selangkah dalam memperoleh vaksin untuk diedarkan
kepada rakyat, sekali gus mengakhiri pandemik COVID-19,” kata Ketua
Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla dalam kenyataan di laman web
rasmi Pfizer.
Menurut data awal ujian
klinikal yang diambil daripada 94 kes positif COVID-19 daripada sejumlah
43,538 peserta ujian tersebut, 10 peratus daripada itu telah mendapat
suntikan vaksin sebenar manakala 90 peratus mendapat suntikan plasebo
atau bukan suntikan sebenar.
Pfizer
berkata suntikan kedua vaksin itu memberi perlindungan selama tujuh
hari, manakala suntikan pertama memberi perlindungan selama 28 hari.
Dalam
pada itu, Bourla berkata pihaknya komited untuk menghasilkan data
secara konsisten yang boleh membuktikan keselamatan vaksin Pfizer
bersama kerjasama syarikat Jerman, BioNTech.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.