https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerajaan akan isytihar darurat untuk tangguh pilihan raya, kata Takiyuddin

 


KERAJAAN tidak mempunyai rancangan untuk mengusulkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuaan bagi menangguhkan pilihan raya dalam wabak sebaliknya akan memilih untuk mengusulkan darurat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.

Untuk mengusulkan pindaan bagi tujuan seperti itu “tidak bersesuaian dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan”, kata menteri yang bertanggungjawab dalam hal Parlimen dan undang-undang dalam jawapan bertulis Parlimen.

“Untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, sokongan dua pertiga ahli Parlimen diperlukan.

“Kerajaan boleh mencadangkan penangguhan suatu pilihan raya sekiranya pandemik ini difikirkan boleh diisytiharkan darurat seperti yang diperuntukkan dibawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang bertanya sekiranya kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan atau mewujudkan rang undang-undang khusus bagi membolehkan suatu pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Semalam rakan Takiyuddin di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan mengkaji kemungkinan menggubal undang-undang baharu untuk itu.

“Jika perlu, buatlah tindakan khusus, kerajaan sedang mengkaji dan membuat cadangan kepada rakyat,” katanya dipetik Bernama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.