'Sekiranya tolak belanjawan, bagaimana nak jelaskan kepada rakyat?' - Anwar
KUALA LUMPUR : Majoriti pembangkang tidak menolak Belanjawan 2021 kerana kebanyakan permintaan mereka untuk menambah baik belanjawan itu dipersetujui Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya belanjawan
yang dilihat banyak membantu masyarakat itu ditolak, bagaimana mereka
mahu menjelaskan situasi berkenaan kepada rakyat.
Tegasnya,
sudah pasti rakyat marah kerana banyak peruntukan untuk mereka tidak
diluluskan disebabkan pembangkang memilih untuk menolak belanjawan
tersebut.
“Saya faham, Mat Sabu (Mohamad
Sabu) kata mandat kita mesti tolak dan Guan Eng (Lim Guan Eng) pun kata
perkara sama, tapi saya kata bagaimana kita hendak terangkan kepada
masyarakat.
“Bukan
saja kita berdepan masyarakat bandar dan kota, tetapi juga desa, luar
bandar, juga Sabah yang semua dapat peruntukan tambahan... dan gaji
penjawat awam, elaun, subsidi untuk nelayan dan pekerja staf kesihatan.
“Bagaimana
kita nak jelaskan? Kita (rakyat) dapat ini, kenapa kamu tolak?,”
katanya dalam rakaman video temu bual bersama TheVibes.com.
Tambah
Anwar, berdasarkan pertimbangan itulah, beliau memutuskan untuk tidak
menyertai undi belah bahagi dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Ada
yang kata kita sokong belanjawan, itu tidak betul. Saya harap kita
boleh dengar semula beberapa minit yang kritis, bila Speaker tanya yang
setuju kata setuju, yang tidak kata tidak.
“Yang
tidak pun kuat laungannya tapi prosedur, ini peraturan Parlimen. Bila
sebut begitu, dianggap suara bersetuju lebih ramai tapi nak kata kita
setuju, tak betul.
“Sebab itu jangan politikkan isu ini,” ujarnya.
Tegasnya,
sekiranya beliau berdepan situasi serupa selepas ini, keputusan sama
akan diambil kerana baginya, sebarang usaha untuk membantu rakyat harus
diterima.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.