PRU15 selepas COVID-19 berakhir tindakan tepat - Tok Mat
SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir disifatkan sebagai keputusan yang tepat bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri
Mohamad Hasan berkata, majoriti tipis yang ada di pihak pemerintah
ketika ini menyebabkan ia sering dipersoal dan keadaan itu tidak baik
bagi sesebuah kerajaan.
"Kerajaan
tidak seharusnya terlampau berfikir tentang politik, apabila mendapat
mandat baharu nanti, menang atau kalah itu biasa, kalau menang
menanglah, kalau kalah kalahlah kerana rakyat yang akan menentukan, sama
ada cepat atau pun lambat.
“Rakyat dah
sedar bahawa kerajaan dengan majoriti yang tipis tak akan mendatangkan
kebaikan kepada rakyat. Hasrat yang dinyatakan oleh perdana menteri itu
sesuatu yang baik, bagi saya baik untuk mendapatkan mandat daripada
rakyat, bukan atas desakan sesiapa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini.
Sabtu
lalu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) pada Perhimpunan Agung Tahunan 2020 parti itu memaklumkan
bahawa PRU-15 akan diadakan sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir.
Dalam
pada itu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau
enggan mengulas kenyataan mengenai isu jawatan Timbalan Perdana Menteri
perlu diisi pemimpin UMNO.
"Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sudah buat kenyataan, cukuplah," katanya ringkas.
Semalam,
media melaporkan bahawa Ahmad Zahid meminta agar pemimpin UMNO tidak
mendesak Muhyiddin mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri
dan memberikan kuota itu kepada parti tersebut.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.