Tiada sebab saya berdebat dengan Najib - Tun Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berdebat secara umum.
Menurut
Dr Mahathir dalam ciapan terbaharu di Twitternya, tiada sebab untuk
beliau berdebat dengan Najib setelah tuduhan yang dihadapinya di
mahkamah telah terbukti benar.
"Tiada
sebab untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak sekarang setelah
segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah," jelas Dr
Mahathir.
Pada 28 Julai lalu, Ahli
Parlimen Pekan itu didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pengubahan
wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan dana berjumlah
RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Pada
Selasa, Datuk Seri Mohd Najib ketika menjawab komen di laman Facebook
memaklumkan bahawa dia bersedia untuk berdebat dengan Ahli Parlimen
Langkawi itu.
"Tiada masalah, ketika saya menjadi Perdana Menteri, dia (Dr Mahathir) mahu berdebat dengan saya tetapi saya tidak mahu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.