https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tindakan Maslee Tinggalkan Pejuang Tepat


Oleh Mohd Sayuti Omar

Dr Maszlee Malik memberi tahu yang dia telah keluar daripada menjadi ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang. Baguslah. 
 
Tepat dah tindakan itu. 
 
Sepatutnya Maszlee dari awal lagi tidak memperhambakan dirinya dalam parti tajaan OT95 itu.
 
 Beliau telah pun memberi hormat tinggi kepada OT95 sebelum ini, tetapi masakan dia perlu terus berbuat begitu apabila OT95 sudah tidak makin relevan. 
 
Maszlee menjadi ahli parlimen kedua selepas Syed Siddiq tidak bersama OT95. Iya... kalau hari-hari suruh gobek sirah atau pun urut lutut, pijak belakang anak cucuk akhirnya menyampah juga, kalaupun aktiviti hiliran itu menambahkan kemesraan anak beranak.
 
Tetapi ada juga orang yang tidak rasa jemu-jemu untuk melanguk di bawah dagu OT95, dengar bercerita pasal nak jadi perdana menteri sekali lagi. Ceritanya ada yang pergi pergi mengintai ke rumah OT95 tengah malam. Hehe... nak sssuka pula. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.