https://critoxium.com/shop/

Terkini

Raja Salman pecat menteri haji, umrah

 


RAJA Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz memecat Menteri Haji dan Umrah, Mohamed Saleh Benten, lapor agensi berita negara itu, SPA.

Perkara itu diumumkan melalui pekeliling kerajaan seperti yang dilapor beberapa agensi media tempatan.

Bagaimanapun, tiada penjelasan mengapa Mohamed Saleh dipecat daripada tugasnya.

Jawatan itu kini dipangku Menteri Negara, Issam Saad yang akan mengekalkan jawatan yang sedia ada.

Mohamed Saleh dilantik menjawat jawatan Menteri Haji dan Umrah sejak tahun 2016 lalu.

Pertukaran itu dibuat beberapa bulan selepas Arab Saudi menjadi tuan rumah ibadah haji terkecil dalam sejarah moden akibat pandemik Covid-19.

Kerajaan mengehadkan hanya 10,000 penduduk Muslim Arab Saudi sahaja dibenarkan untuk mengerjakan ibadah haji tahun lalu, begitu kecil berbanding 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia yang mengerjakannya pada 2019.

Bagi ibadah haji tahun ini, jumlah jemaah yang dibenarkan masih belum diumumkan memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.