https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kronologi Derhaka


Oleh Peguam Pencen
 
16 Jun 2021 Istana Negara dan Majlis Raja-Raja titahkan Parlimen bersidang segera secepat mungkin bagi membahaskan Proklamasi Darurat, Ordinan-Ordinan Darurat, Pelan Pemulihan dan lain-lain.
 
17 Jun 2021 Takiyuddin kata Agong hanya titah segera tapi tidak sebut bulan berapa.
 
29 Jun 2021 Kedua-dua Yang diPertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong. 
 
30 Jun 2021, Kedua-dua Yang diPertua Dewan nyatakan akan diadakan sidang khas sebelum 1 Ogos 2021.
 
Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipanggil bersidang khas bermula 26 Julai 2021 tanpa pengundian dan perbahasan.
 
Aturan Urusan Mesyuarat disusun dengan Ordinan Darurat akan dibentang pada Isnin 2 Ogos 2021.
 
26 Julai 2021 Menteri Takiyudin umumkan Kerajaan batalkan Ordinan Darurat pada 21 Julai 2021 justeru tiada keperluan untuk bahas dan ungkai Ordinan.
 
29 Julai 2021, Istana Negara zahirkan dukacita terhadap Kerajaan khususnya Takiyudin dan Idrus kerana mengelirukan Dewan Rakyat.
 
29 Julai 2021 Jabatan Perdana Menteri nafikan penzahiran Istana Negara.
 
29 Julai 2021 Dewan Rakyat ditangguh ke Isnin 2 Ogos 2021.
 
31 Julai 2021, Setiausaha Dewan Rakyat maklumkan atas arahan Timbalan Yang diPertua Dewan, sidang Dewan Rakyat pada Isnin 2 Ogos 2021 ditangguh ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.
 
Kerajaan ini dianggotai oleh Ahli Dewan Rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), Parti Islam SeMalaysia (PAS), MCA, MIC dan GPS.
 
Jangan kata Umno tidak terlibat menderhaka.
 
Jangan kata Bersatu tidak terlibat menderhaka.
 
Jangan kata PAS tidak terlibat menderhaka.
 
Jangan kata MCA, MIC tidak terlibat menderhaka.
 
Jika tidak mahu terlibat, tarik sokongan terhadap Kerajaan Derhaka ini.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.