Letaklah Jawatan Secara Terhormat
Oleh Aspan Alias
Kita tidak pernah menyangka yang Umno akan bertindak memerangi Institusi Raja bersama sama parti parti lain dalam komponen longgar PN yang di terajui olih Muhyiddin Yassin.
Ahli ahli Parlimen Umno yang berada dalam Kabinet PN telah bersekongkol bersama Muhyiddin dan rakan rakan dalam 'coalition' longgar PN menderhaka terhadap Yang di Pertuan Agong dan Raja Raja Melayu melalui isu pembatalan dharurat yang tidak sepatutnya di lakukan olih kerajaan sekarang.
Tindakan Umno bersama sama BERSATU dan PAS serta parti parti lain dalam kerajaan itu bolih di anggap sebagai sebahagian proses dan usaha pihak pihak tertentu untuk menghina Institusi Raja yang sekian lama di ambil kesempatan olih pihak kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.
Pihak kerajaan telah menganggap kebaikan dan kelembutan Raja itu sebagai kelemahan dan beranggapan Raja itu hanya sebagai Rubber Stamp semata mata dan menuruti setiap tidakan penderhakaan terhadap Raja Raja Melayu kita.
Muhyiddin dan Umno serta parti parti dalam kerajaan perlu insaf dan menyedari bahawa 'lembutnya Raja Raja itu bukan untuk di sudu dan kerasnya baginda Raja Raja itu bukan untuk di takek'
Rakyat keseluruhannya bersama Raja Raja sedang bersatu untuk melihat Muhyiddin dan rakan rakan dalam Kabinet menginsafi kesalahan mereka sambil bertindak meletakan jawatan dalam kerajaan secara terhormat tanpa paksaan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.