Dominic, Nelson angkat sumpah senator Dewan Negara
KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Pengarah TalentCorp Malaysia Datuk Nelson Renganathan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini hari ini.
Mereka berdua
adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa
hari ini hingga 22 Nov 2024.
Upacara mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.