'MoU sudah dimeterai, kenapa lambat sangat nak usahakan enakmen anti lompat parti?'
KUALA LUMPUR: Usaha mewujudkan undang-undang anti lompat parti dalam pentadbiran peringkat persekutuan perlu disegerakan oleh kepimpinan pusat.
Tegas
Datuk Seri Azalina Othman Said, ia sepatutnya digerakkan lebih awal
lagi selepas kerajaan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan
pembangkang pada September tempoh hari.
Ahli Parlimen Pengerang itu yakin sokongan majoriti untuk meluluskan enakmen tersebut boleh diperoleh.
Namun
beliau hairan mengapa perkara yang paling mustahak itu tidak
didahulukan berbanding hal-hal lain, sehingga terjadinya konflik di
Melaka.
“Tak
ada masalah, memang bagus kita nak sama ratakan peruntukan kepada wakil
rakyat kerajaan dan pembangkang, tapi isunya kenapa kita ‘delay’ (tangguh) dalam undang-undang lompat parti sampai berlakunya (kemelut) di Melaka? Siapa yang bertanggungjawab?
“Kenapa kita ‘delay’
dalam banyak perubahan yang kita boleh buat kalau MoU itu sudah
ditandatangani? Takkanlah dua pertiga kita tak boleh dapat di Parlimen?”
Beliau
tidak menolak cadangan untuk melanjutkan lagi perjanjian persefahaman
tersebut, namun realitinya kepimpinan tertinggi perlu melihat semula
keutamaan terhadap perkara-perkara yang terkandung di dalamnya.
Jika
Perlembagaan tidak dipinda dan undang-undang itu masih belum
diluluskan, beliau khuatir akan berlaku lagi kekacauan di negeri-negeri
lain memandangkan perbuatan lompat parti masih tidak dilarang.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.