PRN Melaka: 11,557 undi awal hari ini, DUN Sungai Udang paling ramai pengundi
SUNGAI UDANG: Seramai 10,191 pegawai, anggota dan keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunaikan tanggungjawab mereka di tujuh Pusat Pengundian Awal (PPA) di Kem Terendak pada Selasa.
Menurut Panglima
Tiga Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim,
kesemua anggota yang layak mengundi dipecahkan kepada empat kumpulan
iaitu pada jam 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12
tengah hari hingga 2 petang, dan 2 hingga 4 petang.
"Untuk
warga tentera di Melaka, tujuh Pusat Pengundian Awal (PPA) dibuka,
kekuatan kita antara anggota dan pasangan seramai 10,191 orang.
"Pada masa sama, ada mereka yang telah tamat perkhidmatan, ada dalam proses pertukaran, mereka kembali ke sini untuk mengundi.
"Tadi saya berjumpa anggota telah pencen dan masih mengundi di sini datang dari Terengganu masih mengundi di sini.
"Saya ucapkan terima kasih kepada warga tentera yang datang dari jauh untuk melaksanakan tanggungjawab ini," jelasnya.
Tambah
Muhammad Fauzi, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat memberikan
rasa keyakinan serta selamat anggota tentera dalam menunaikan
tanggungjawab mereka.
Bagi proses
pengundian di Kem Terendak pula, setiap anggota dipecahkan mengikut unit
masing-masing sebelum dibenarkan memasuki PPA.
"Kalau
kita lihat proses hari ini, segalanya dijalankan berdasarkan SOP. Saya
tahu di luar sana seluruh rakyat Malaysia memerhatikan.
"Ini sejarah bagi negeri Melaka dan saya sendiri dan anggota tentera yang diberi penghormatan untuk menunaikan proses demokrasi.
"Saya ingin memberi jaminan kepada rakan-rakan yang akan mengundi 20 November depan, jangan gusar jangan bimbang.
"Alhamdulilah
proses kita laksanakan hari ini testimoni pematuhan SOP yang saya rasa
ketat, turunlah beramai-ramai laksanakan tugas sebagai warganegara,
pematuhan SOP dilaksanakan sebaiknya dalam pusat mengundi," katanya
lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di PPA Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2, di sini, pada Selasa.
Terdahulu, pemerhatian Astro AWANI mendapati ratusan anggota tentera telah mula beratur seawal jam 7 pagi.
PPA pula dibuka tepat jam 8 pagi dikawal petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut
hadir calon-calon yang bertanding di bawah N.11 DUN Sungai Udang.
Antaranya calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad
dan calon Pakatan Harapan (PH) Hasmorni Tamby.



Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.