https://critoxium.com/shop/

Terkini

3 suspek serang ustaz disambung reman


KUALA LUMPUR: Tiga suspek yang ditahan berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis, Pahang, Khamis lalu, disambung reman selama dua hari lagi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata tiga suspek berusia lingkungan 30-an terbabit disambung reman sehingga Khamis ini selepas permohonan reman sebelum ini tamat hari ini.

"Kertas siasatan berhubung kes itu akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pagi ini.

"Kita akan maklumkan semula (kepada media) tarikh pertuduhan kes terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan semua suspek terbabit dalam tiga serbuan berasingan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Terengganu serta Bandar Jengka, Pahang, bermula jam 1 pagi hingga 8 pagi, Sabtu lalu, selepas seorang ustaz menerima empat jahitan di mata kanan serta tangan cedera dan badan lebam akibat diserang lima lelaki pusat tahfiz berkenaan kerana tidak berpuas hati soal pembayaran makanan.

Dalam kejadian jam 5.10 petang Khamis lalu, suspek berusia 30-an bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz itu dan tiga orang menyerang mangsa berusia 30-an yang ditugaskan menjaga pusat terbabit.

Susulan itu, polis menjalankan beberapa serbuan pada awal pagi Jumaat lalu di kawasan Damak, Jerantut, Pahang, di mana dua lelaki ditahan manakala tiga lagi masih bebas.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.