https://critoxium.com/shop/

Terkini

Buka semula rundingan untuk masa depan negara -Muhyiddin


PUTRAJAYA: Cadangan Perikatan Nasional (PN) yang mahu menyambung semula rundingan dengan parti pembangkang adalah untuk memastikan masa depan negara dan rakyat terjamin, bukannya untuk parti semata-mata.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli  bahawa Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, hanya merupakan pendapat peribadinya.

Beliau berkata, cadangan ini bagi mengelakkan negara terus terjerumus dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, perkara ini disuarakan gabungan itu berdasarkan kepada kebimbangan rakyat ketika ini bukanlah untuk kepentingan politik PN ataupun menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

“Malah, apa yang saya baca mengenai penolakan cadangan itu, adalah Rafizi. Tak apalah kita terima pandangannya itu.

“Bagaimanapun, saya serah kepada kepemimpinan politik mengenai perkara itu. Adakah anda memikirkan soal parti anda atau adakah anda memikirkan mengenai kepentingan negara? Bagi saya negara lebih utama berbanding dengan parti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN ke lapan bagi tahun 2022 di Kementerian Kewangan di sini hari ini. 

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, usaha ini menuntut keberanian untuk menyelamatkan keadaan kerana di luar sana ramai rakyat mahu menyatukan bukan sahaja pihak pembangkang tetapi parti-parti.

Katanya, usaha ini bertujuan untuk mengelakkan daripada salah guna kuasa, sikap tidak menghormati sistem kehakiman negara dan mencabar kedudukan Peguam Negara.

“Kita boleh berbincang, jika akhirnya tidak berset

“Sekiranya tidak bersetuju, kita bersedia menghadapi apa juga situasi sama ada tiga penjuru atau empat penjuru dalam PRU-15 nanti,” katanya. 

Malam tadi, Rafizi berkata PH tetap tidak perlu mewujudkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15.

Rafizi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PH yang diadakan Rabu lalu.

Sabtu lalu, Muhyiddin pada Konvensyen PN di Serdang berkata, bahawa semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU-15 adalah BN.

Muhyiddin menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara. –UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.