https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ismail Sabri tak perlu salahkan orang lain, kata Muhyiddin


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata Ismail Sabri Yaakob tidak seharusnya menyalahkan pihak lain atas pembubaran Parlimen.

Muhyiddi merujuk kenyataan Ismail Sabri bahawa tindakan 12 menteri Kabinet PN yang mengutus surat kepada Agong agar PRU dilakukan hanya setelah musim banjir telah membawa kepada pembubaran Parlimen.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata tindakan itu hanya untuk menjaga kebajikan rakyat, memandangkan tiada perbincangan mendalam di peringkat Kabinet berkenaan pembubaran Parlimen.

"Saya fikir dia tidak boleh menyalahkan siapa yang bertanggungjawab...

"Bukan dia kata dia setuju kerana ada desakan daripada sesiapa, kita minta seboleh mungkin jangan ada pilihan raya. Siapa sini suka pilihan raya masa banjir, tak ada kan," katanya seperti dipetik Sinar Harian, semalam.

"Perdana Menteri pun walau apa-apa pun dia nak kata, tetapi dia perlu bertanggungjawab tentang apa dia dah lakukan sebab itu jangan salahkan orang, salahkan diri sendiri apa yang sudah dilakukan," katanya lagi.

Ismail Sabri semalam berkata, tindakan menteri PN yang mengutus surat itu telah mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kerajaan serta membelakangkan institusi perdana menteri,

Dia turut membangkitkan kenyataan Muhyiddin sebelum ini yang mengisytiharkan BN sebagai musuh utama PN yang telah mengundan bibit perpecahan.

Sementara itu, Muhyiddin sekali lagi membangkitkan janji antara PN dengan Ismail Sabri bahwa tarikh PRU perlu dirunding terlebih dahulu dengan gabungan itu.

"Kenapa kita minta itu, kerana kita merupakan komponen terbesar dalam kerajaan, adilkah? Ini tidak adil.

"Jadi bila dia tahu semua orang serang dia dari semua arah, dia kata Muhyiddin punya salah, ini menteri yang salah," katanya lagi

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.