https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ayob Khan dilantik pengarah Jabatan Siasatan Jenayah

 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baru.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan malam tadi berkata pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 16 April ini.

Pelantikan Ayob Khan sebagai Pengarah JSJ yang baru bagi menggantikan Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, Ayob Khan, 57, menjadi Pengarah JSJN pada 25 Dis 2021 selepas menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020.

Dia sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

-Bernama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.