https://critoxium.com/shop/

Terkini

Nga tegaskan di hadapan MB, Kelantan tak akan dianaktiri


Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menegaskan di hadapan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob bahawa kerajaan persekutuan tidak akan menganaktirian negeri-negeri pembangkang.

Berucap di majlis perasmian bersama Pasar Tok Kenali hari ini, Nga berkata Kelantan cukup bertuah kerana memperolehi peruntukan tambahan sebanyak RM351.1 juta melalui Belanjawan 2023 baru-baru ini.

Katanya, ia menjadikan Kelantan sebagai negeri yang menerima peruntukan pembangunan dan bantuan sebanyak RM2.5 bilion pada tahun ini.

“Ini jelas membuktikan Kelantan, mahupun Terengganu, Kedah dan Perlis yang secara kolektifnya memperolehi peruntukan sebanyak RM6.2 bilion, ia tidak dipinggirkan.

“Di bawah pentadbiran Malaysia Madani Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Kelantan sama sekali tidak akan dianaktirikan,” katanya di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas mengenai kemudahan Pasar Tok Kenali, Nga berkata ia membabitkan pembinaan semula pasar sedia ada seluas 1.38 hektar membabitkan kos RM4 juta.

“Pembinaan projek ini bermula pada 17 September 2020 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2022.

“Secara fizikalnya, pembangunan projek ini membabitkan pembinaan sebuah pasar harian yang merangkumi 29 unit gerai dan satu unit stor.

“Projek ini memberi manfaat kepada hampir 90 orang peniaga tempatan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosio-ekonomi mereka,” katanya.

Sementara itu Ahmad dalam ucapannya mengucapkan penghargaan kepada menteri dan KPKT atas peruntukan pembinaan Pasar Tok Kenali dan peruntukan tambahan seperti yang diumumkan.

“Semoga pembangunan dan kejayaan dapat dicapai oleh rakyat Kelantan.
“Melalui peruntukan yang diumumkan saya yakin amat penting bagi untuk kesejahteraan rakyat. Kerajaan negeri berharap agar peruntukan-peruntukan akan bertambahan dan diteruskan di masa akan datang,” katanya.

D
alam sidang media berasingan, Nga yang juga ahli Parlimen DAP menegaskan kehadirannya ke Kelantan menunjukkan 'sentuhan kasih sayang' kerajaan persekutuan terhadap negeri Kelantan.

“Ini adalah sentuhan kasih sayang kerajaan persekutuan.

“Maka sekali gus saya tegaskan kerajaan persekutuan di bawah perdana menteri Anwar Ibrahim dengan konsep berpaksikan Malaysia Madani, semua negeri dilayan sama adil, tiada yang terpinggir, tiada yang tertindas.

“Sekiranya ada tohmahan mengatakan Kelantan dianaktirikan itu tidak benar sama sekali,” tegasnya.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.