https://critoxium.com/shop/

Terkini

Umno, BN janji terus dukung kerajaan perpaduan, kata Zahid

 


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pimpinan baharu Umno bersama Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung dan memperkukuhkan kerajaan perpaduan.

Presiden Umno itu berkata berdasarkan keputusan pemilihan Umno 2023 yang berakhir semalam, ia jelas menunjukkan bahawa setiap peringkat kepimpinan nasional serta akar umbi parti itu memberi dukungan sepenuhnya kepada keutuhan kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Manifestasi ini cukup jelas kerana kita lihat walaupun ada usaha untuk menggugat kerajaan yang ada sekarang namun ia jelas ditolak oleh perwakilan (Umno),” kata beliau yang juga pengerusi BN selepas menghadiri Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di sini malam tadi.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan turut dihadiri beberapa pimpinan tertinggi parti dalam kerajaan perpaduan

Selain sokongan Umno dan parti komponen BN, Zahid yakin setiap parti termasuk dari Sabah dan Sarawak di bawah kerajaan perpaduan juga akan terus mendukung kerajaan ini.“Maka kombinasi 20 parti yang ada dalam kerajaan perpaduan akan diperkuatkan lagi dengan pimpinan baharu Umno dan seterusnya insya-Allah akan memperkukuhkan kerajaan perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Johari Abdul Ghani diumumkan memenangi jawatan naib presiden Umno bagi sesi 2023-2026.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.