https://critoxium.com/shop/

Terkini

Wan Rosdy, Khaled, Johari menang Naib Presiden UMNO


KUALA LUMPUR: Barisan Naib Presiden UMNO menyaksikan penampilan dua muka baharu selepas mereka masing-masing berjaya meloloskan diri untuk mengisi tiga tempat bagi perebutan jawatan itu pada Pemilihan UMNO kali ini.

Setakat jam 4 pagi tadi, dua muka baharu iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sudah melepasi garisan undi kemenangan berdasarkan keputusan diperoleh dari 159 bahagian.

Seorang lagi adalah penyandang jawatan itu yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut mengesahkan kemenangannya.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang memperoleh 111 undi daripada 189 bahagian yang bersidang semalam, diikuti Khaled dengan 100 undi dan 93 undi dimiliki Johari.

Kali ini, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, berjaya mengisi tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden UMNO, selepas cubaan pertamanya pada Pemilihan UMNO 2018 tidak berjaya.

Bagi saingan jawatan sama, penyandang Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid gagal menyaingi tiga kedudukan teratas itu selepas sekadar memperoleh 30 undi di kedudukan ketujuh.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang berada di kedudukan keempat pula dilihat mustahil untuk memintas kedudukan tiga teratas, apatah lagi jumlah bahagian belum mengemukakan keputusannya, hanya berbaki 30 bahagian saja.

Ia selepas Azalina hanya memperoleh 61 undi, diikuti Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Reezal Naina Merican (43 undi) dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad, yang memperoleh 39 undi.

Berikut pula adalah kedudukan 25 teratas bagi saingan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO (setakat jam 4 pagi) :

1- Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (MENANG)

2- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (MENANG)

3- Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (MENANG)

4- Datuk Seri Ahmad Maslan (MENANG)

5- Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (MENANG)

6- Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (MENANG)

7- Datuk Ahmad Jazlan Yaakob (MENANG)

8- Datuk Azian Osman (MENANG)

9- Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (MENANG)

10- Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin

11- Datuk Mohd Razlan Rafii

12- Datuk Seri Dr Md Alwi Che Ahmad

13- Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin

14- Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

15- Datuk Zahida Zarik Khan

16- Datuk Johan Abd Aziz

17- Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

18-Datuk Seri Dr Ahmad Said

19- Datuk Seri Jamil Khir Baharom

20- Isham Jalil

21- Datuk Abdul Razak Abdul Rahman

22- Datuk Seri Jalaludin Alias

23- Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

24- Datuk Lokman Adam

25- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.