Anwar akui Kerajaan Perpaduan tidak sempurna
KUALA LUMPUR: Kegelojohan merebut habuan kekuasaan dan jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus diteladani parti kerajaan hari ini mengenai keterlanjuran yang meruntuhkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, jawatan meskipun penting, ia bukanlah segala-galanya dalam perjuangan.
"Kisah Perang Uhud wajar dijadikan pedoman dalam perjuangan siasah kita sebagai kerajaan yang masih baharu ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Pada masa sama, Anwar mengakui Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau bukanlah sempurna, namun berusaha melakukan formula dan usaha terbaik untuk negara yang tidak dilakukan kerajaan sebelum ini.
"Kerjasama yang digalas bersama dengan parti yang lain setakat ini ternyata positif dan meyakinkan.
"Kerajaan ini juga tidak akan berkompromi dengan provokasi perkauman-agama yang boleh meruntuhkan usaha jangka panjang Kerajaan Perpaduan menyelamatkan negara ini," katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.