Jangan muat naik, sebar kandungan berbaur kebencian sentuh kaum, agama, raja - SKMM
KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan berbaur kebencian membabitkan elemen perkauman, agama dan institusi diraja (3R) di media sosial dan aplikasi pemesejan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, berkata ia susulan beberapa insiden membabitkan elemen 3R merujuk 'Race, Religion, Royalty', kebelakangan ini.
Katanya, insiden sedemikian dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian dalam negara.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.