Pas Kini Parti Asobiyyah Perkauman
Oleh Ahmad Mursi
1. Ayah Chik (Haji Hadi) kini disiasat dibawah Seksyen 505(C) Kanun keseksaan kerana komen mengapi-api perkauman.
2. Dulu Haji Hadi banyak kali hurai hadith Asobiyyah. Dalam ceramah dan tulisannya.
3. Iaitu Nabi SAW tidak mengaku umat orang yang menyeru dan berjuang dan mati atas dasar Asobiyyah.
4. Apabila ditanya apakah makna Asobiyyah itu? Nabi SAW menjawab: "Kamu menolong kaum kamu atas dasar kezaliman".
5. Pada masa tu Haji Hadi tujukan Hadith ini kepada UMNO agar rakyat menjauhi UMNO.
6. Tetapi kini seolah-olah, PAS pula berjuang atas dasar Asobiyyah. Kerana 'PAS ganti UMNO'.
FITNAH KEMBALI MEMAKAN DIRI
7. PAS meniup api perkauman dan agama untuk raih undi. Pertahankan perbuatan rasuah Jana Wibawa dan isu integriti lain kerana mereka dari puak yang sama.
8. Mencintai kaum dan bangsa sendiri dianjurkan. Masalahnya bila PAS mula membantu dan pertahan kezaliman puaknya.
9. Nabi SAW menyebut bahawa akhir zaman akan lahir Ulamak Jahat yang mencetuskan fitnah dan akhirnya fitnah itu kembali memakan diri Ulamak itu.
10. Adakah fitnah Haji Hadi dicetus zaman mudanya telah kembali kepada dirinya kini?
11. Dulu dia kafirkan UMNO sebab pertahan 'perlembagaan jahiliah', kini dia pula menuduh PH berpakat untuk ubah perlembagaan dan kononnya PASlah yang pertahan Perlembagaan.
12. Tak lekang di facebook komen walaun membayangkan penyokong parti lain 'pura-pura Islam (munafiq)', atau masih belum Islam sepenuhnya jita tak bersama PAS.
13. Haji Hadi sendiri menulis 'PKR melawan Al-Quran' yang implikasinya terkeluar dari Islam.
14. Dibimbangi fitnah itu kembali kepada dirinya.
TARIK KE SYURGA, BUKAN NERAKAKAN ORANG
15. Sepatutnya pendakwah yang tulin ingin kalau semua manusia beriman dan masuk syurga Allah.
16. Tetapi PAS dilihat ingin sekali menghukum orang lain kafir atau munafik atau fasiq dan seolah-olah satu kepuasan kepada mereka berkempen seperti itu.
17. Seakan hak beriman dan syurga hanya untuk PAS sahaja. Padan muka ahli parti lain masuk neraka.
18. Inikan pemikiran khawarij. Pendosa Besar dianggap kafir.
19. Walaun akan cakap kami tak cakap pun 'awak dah kapir!".
20. Tetapi perbuatan dan perkataan mereka secara tidak langsung telah mengkafirkan orang lain.
21. Kenapa tidak makan sembelihan ahli UMNO jika tidak anggap mereka kafir? Kenapa sentiasa beri label2 yang dicipta seperti sekular, pluralism, liberalism yang secara tidak langsung nak gambarkan lawan mereka tidak lagi punyai keimanan yang utuh?
22. Apabila jenazah ahli parti lain tidak disembahyangkan, apa maknanya jika mereka tidak hukum mereka sebagai kafir atau munafiq?
23. Mereka telah belah ke dada ahli parti lain dan check samada beriman atau tidak?
24. MB kedah Sanusi kata penyokong PN baik-baik, penyokong parti lain berkawan dengan Syaitan. Dah jadi Malaikat kah?
25. Walaun berada dalam Cult-Like Culture. Itu sebabkan mereka buta hakikat sebenar. Semuanya indah di dalam, semuanya buruk diluar.
26. Ini berikan kita 'sense of purpose' untuk berbakti kepada ummah sebelum kita mati, berjuang perbetul semula fahaman Umat Islam yang diseleweng oleh PAS.
Ahmad Mursi
10042023
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.