https://critoxium.com/shop/

Terkini

PAS jangan nak perasan, berangan sertai Kerajaan Perpaduan, kata Zahid

 


BAGAN DATUK: "Jangan nak perasan (kononnya) ada orang tawarkan sertai Kerajaan Perpaduan," kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang juga Presiden PAS bahawa ada pihak dalam kerajaan menghubunginya untuk berjumpa bagi menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.

"Jangan perasan ada sesiapa nak tawarkan pada dia (Hadi)," katanya kepada pemberita pada Karnival Kerjaya MyFuturJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah di Dewan Serbaguna Datuk Haji Abdullah Ahmad, dekat sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menolak dakwaan Abdul Hadi itu.

"Itu (dakwaan PAS ditawar sertai kerajaan) di luar pengetahuan saya," katanya.

Semalam Abdul Hadi mendakwa tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan.

Abdul Hadi turut menjelaskan, ketika ini pihaknya terbuka dengan mana-mana tawaran oleh sesiapa pun tetapi tawaran berkenaan mesti tidak lari daripada prinsip, matlamat dan hala tuju PAS.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.