https://critoxium.com/shop/

Terkini

Selepas Hadi dakwa PKR tawar sertai kerajaan, Rafizi balas “ini cerita zaman bila, tak pernah dengar pun?”

 


Oleh KIM SYAZIE

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, pihaknya juga tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

“Saya tak pernah dengar (dakwaan Pas ditawarkan masuk Kerajaan Perpaduan) (sedangkan) saya adalah antara tiga individu dalam PKR yang banyak merundingkan pembentukan Kerajaan Perpaduan selain (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (Setiausaha Agung PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya tidak tahu ini cerita zaman bila tapi saya boleh bagi tahu, sepanjang saya terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini (tawaran), kecualilah ada sesiapa yang lain (yang buat tawaran),” katanya seperti dilapor Bernama semalam.

Semalam, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata pernah dihubungi beberapa kali oleh “orang tertentu” yang didakwa menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.